KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Junz Wong Hong Jun berjanji akan melaksanakan apa jua tugas berhubung dengan komuniti Islam di kawasan terbabit.
Beliau berkata, ketika kempen pilihan raya umum beliau berasa ada jurang antara komuniti muslim yang merupakan sebilangan populasi di Likas.
"Kekurangan sumber dan kuasa utama DAP juga menjadi antara faktor itu. Namun saya gembira kerana kami juga mempunyai pengundi muslim," katanya.
Junz memenangi kerusi Likas dengan sebanyak 7,746 sekaligus menewaskan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang hanya mendapat undi 1,287, BN-LDP, Chin Shu Ying dengan 2,094 undi dan STAR, Ho Cheong Tsun dengan 155 undi.
Sebagai calon baru, beliau berkata tekanan yang dihadapi adalah lebih kepada pemimpin kanan DAP.
"Saya memang yakin untuk menang tapi tidak pasti jika mesej yaang kami sampaikan itu akan diterima rakyat," katanya.
Junz menyifatkan kemenangan itu adalah disebabkan momentum pembangkang yang kukuh dan beliau hanya penyumbang kecil.
"Rakyat sudah bersedia menukar kerajaan... menjadi calon baru adalah satu kelebihan kerana mungkin mereka ingin melihat pemimpin yang baru," katanya.
Mengulas mengenai strategi DAP, beliau berkata rakyat hanya menerima matlamat parti dengan mengundi untuk sistem yang lebih baik dan bukannya berdasarkan peribadi seseorang.
"Perjuangan ini adalah antara penduduk tempatan dan pendatang tanpa izin, jadi pengundi bersatu untuk menentang isu ini dan mereka mengundi untuk pakatan rakyat (PR)," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.