`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 29, 2013

GANABATIRAU Termasuk Dalam Barisan EXCO SELANGOR?


KLANG -  ADUN Kota Alam Shah V. Ganabatirau (DAP), ADUN Sungai Pinang Datuk Teng Chang Khim (DAP), ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah (DAP), dan ADUN Sementa Dr Daroyah Alwi (PKR), dilihat memasuki Istana di Kota Alam Shah dan dipercayai menjalani latihan untuk upacara angkat sumpah exco kerajaan negeri Khamis ini.

Ganabatirau adalah antara yang pertama dilihat memasuki istana pada kira-kira pukul 10 pagi tadi.


Beberapa minit kemudian dua buah kereta rasmi Exco, dipercayai ADUN Selat Kelang, Dr Halimah Ali (PAS) dan ADUN Cempaka (PAS) Iskandar Abdul Samad tiba di pintu istana diikuti oleh ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong (PKR) dan ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail (PKR).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.