`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 9, 2013

Terengganu dapat MB baru?


PETALING JAYA: Spekulasi bertiup kencang bahawa Terengganu akan mendapat menteri besar baru, bermakna Datuk Ahmad Said tidak dilantik lagi bagi jawatan itu.
Tiga nama yang disebut-sebut penduduk tempatan ialah Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman; Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Kuala Berang) dan Datuk Abdul Latif Awang (Pengkalan Berangan).
Bagaimanapun, Tengku Putera dilihat lebih mempunyai peluang kerana Adun paling berpengalaman berbanding Ahmad Razif dan Abdul Latif.
Tengku Putera pernah menjadi Exco semasa pentadbiran Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (era Tun Abdullah Ahmad Badawi)dan Speaker DUN Terengganu dari tahun 2008 hingga pilihan raya umum 2013.
“Tengku Putera disebut lebih berkelayakan dan disenangi orang ramai berbanding Ahmad sendiri.
“Beliau cukup berpengalaman, matang dan bijak berpolitik serta disenangi orang ramai dalam semua peringkat umur. Barangkali kerana pengalamannya yang pernah menjadi Exco,” kata seorang pemimpin Umno di Hulu Terengganu.
Ahmad Razif pula muka baru, kali pertama beratnding pada tahun 2008 dan dilantik sebagai Exco Pendidikan di bawah pimpinan Ahmad.
Beliau mempunyai rekod bersih dan masyarakat Terengganu tidak pernah bercakap mengenai keburukannya.
Manakala Abdul Latif boleh dianggap muka lama di kalangan 17 Adun Terengganu yang menang kali ini. Beliau pernah menjadi Exco semana Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar pada tahun 2004.
Beliau tidak bertanding pada tahun 2008 sebelum  dicalonkan semula dan menang kerusi Pengkalan Berangan mengalahkan Sulaiman Sulong dari PAS.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.