`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 9, 2013

Mandat Pertama Najib Mandat Tempang


Pertama kali dalam sejarah MAlaysia, kita mendapat Perdana Menteri yang ditolak oleh rakyat Malaysia. 51% dari pengundi yang membuang undi menolak kepimpinan Najib serta menolak Barisan Nasional.

Sekurang-kurangnya 40% dari mereka yang menolak Najib adalah dari bangsa Melayu.

Najib terselamat kerana kerusi2 di pendalaman Sabah dan Sarawak serta kerusi2 FELDA yang jumlah pengundinya amat rendah berpihak kepada beliau. Juga, Najib terselamat kerana dibantu SPR terutamanya undi2 awal dan undi2 Pos. Hanya 32 ribu atau kurang dari 3% jumlah undi yang membezakan antara kerajaan Najib dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, kalau Najib ada maruah dan harga diri, beliau akan meletak jawatan. Hanya manusia tidak bermaruah sahaja yang boleh menghadap rakyat dengan tersenyum simpul dalam keadaan majoriti rakyat menolak kamu.

Adapun majoriti orang Melayu di bandar juga menolak UMNO dan Barisan Nasional. Kalau tidak, masakan PAS boleh menang kerusi DUN Seri Serdang dengan majoriti 16 ribu lebih. Hanya pengundi Cina sahaja tidak memungkinkan mejoriti sebegitu besar.

UMNO akan jahanam dan dalam proses jahanam.

Satu2nya isu yang menyelamatkan mereka di kampung2 adalah kononnya CIna akan memerintah.

Namun, di Selangor, pertambahan sokongan kepada PR hanya menaikkan bilangan kerusi PAS dan bukkannya menambahkan sokongan kepada DAP. Itu bukti jelas UMNO PARTI PENIPU.

Inshaalah Pakatan Rakyat akan menang. Mungkin sebelum PRU yang akan datang dua negeri akan jatuh semula kepada Pakatan Rakyat. Semua kerja Allah SWT. Kita berdoa dan berusaha sungguh2.

Adapun sampai bila UMNO boleh tipu orang kampung ni, kita nak tanya. Lambat laun orang kampung akan tahu mereka telah ditipu. Orang2 FELDA sekarang ni dah mula merasa penipuan terhadap mereka. Orang kampung akan menyusul kemudian

TULANG BESI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.