`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 1, 2013

Rahsia Umno Terbongkar Lagi.. Saksikanlah

Umno didakwa melayan Singapura lebih baik berbanding dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam pengurusan air.

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, ini ekoran cadangan Timbalan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanafiah agar laluan air Sungai Muda ke dalam sempadan Pulau Pinang disekat jika kerajaan negeri Pulau Pinang enggan membayar negeri Kedah bagi mengambil air mentah dari sungai tersebut.

Umno, dakwa Steven, sentiasa mengambil pendekatan zaman pra-Merdeka ini terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, terutamanya melalui sabotaj urusan air di Selangor dan di Kelantan sekaligus menyebabkan penderita rakyat di negeri-negeri tersebut.

"Apa yang paling mengecewakan ialah, Johor melayan Singapura lebih baik dari Umno melayan negeri-negeri PR," katanya.

Johor telah sekian lama menjual air mentah pada harga yang teramat murah kepada Singapura dan kemudiannya membeli balik air yang telah dirawat dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada negara jiran tersebut.

Walaupun negara sudah 56 tahun selepas Merdeka dan 50 tahun selepas terbentuknya negara tercinta Malaysia, bagi beliau, Umno masih berlagak macam “tiada Malaysia”.

Baru-baru ini, Adun Bakar Bata dari Umno, Ahmad Bashah Md. Hanafiah merangkap Senator dan juga Timbalan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mencadangkan laluan air Sungai Muda ke dalam sempadan Pulau Pinang disekat jika kerajaan negeri Pulau Pinang enggan membayar negeri Kedah bagi mengambil air mentah dari sungai tersebut.

Perkara ini telah diulang-ulang tetapi Umno masih tidak faham bahawa Pulau Pinang mempunyai hak riparian (riparian water rights) untuk mengambil air dari Sungai Muda yang melalui sempadan negeri secara semulajadi.

Demi semangat perpaduan nasional, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga telah meminta untuk berjumpa dengan Menteri Besr Kedah Mukhriz Mahathir bagi membincangkan perkara ini.

"Cadangan oleh Ahmad Bashah menunjukkan bahawa Umno masih terperangkap dalam mentaliti sebelum Merdeka," dakwa Steven.

Pertama sekali, katanya, Ahmad Bashah gagal menunjukkan sebarang semangat perpaduan antara dua negeri berjiran yang bernaung di bawah satu bendera Malaysia.

Keduanya, beliau berlagak seperti penjajah kerana hanya penjajah akan merompak hak rakyat dan mengeksploitasi sumber semula jadi mereka.


Justeru, sempena 31 Ogos, Hari Kemerdekaan dan 16 September Hari Malaysia, beliau menyeru Umno, terutamanya kerajaan negeri Kedah supaya menegakkan semangat kemerdekaan dan jangan berlagak macam penjajah mengenakan tuntutan yang tidak munasabah terhadap rakyat Pulau Pinang. ~the malaysian insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.