`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 15, 2013

Akhirnya TEMBOK BESAR SEPANJANG SEMPADAN MAS-THAI akan dibina..

KDN setuju cadangan bina tembok di sempadan K'tan-Thai

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bersetuju dengan cadangan polis Kelantan agar kerajaan membina tembok dan pagar di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang masalah penyeludupan dadah dan senjata api.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan segera berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan cadangan itu di sempadan sepanjang 121 kilometer di negeri ini.

"Selain itu KDN juga akan mewartakan sepanjang tebing sungai di sempadan itu sebagai kawasan keselamatan dan cadangan ini perlu disegerakan,"

katanya selepas mendengar taklimat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan semua ketua polis daerah di negeri itu.

Beliau berkata jika semua cadangan itu menjadi kenyataan, semua pangkalan haram di sepanjang sempadan itu akan lumpuh.

"Kita memahami jika keadaan itu berlaku, ia akan menjejaskan aktiviti ekonomi penduduk tetapi mana yang lebih penting apakah mahu meneruskan aktiviti seperti itu atau melumpuhkan kegiatan penyeludupan senjata api dan dadah," katanya.

Menurutnya kerajaan tidak boleh mengambil kira faktor ekonomi semata-mata tanpa melihat isu keselamatan yang menjadi tunjang dan rakyat negeri itu perlu diberi keutamaan bagi mereka merasa selamat dan selesa melakukan aktiviti seharian.

Selain cadangan pembinaan tembok dan pagar, Ahmad Zahid berkata polis Kelantan juga memohon tambahan 500 anggota polis sukarela (PVR) untuk menjadikan jumlah 1,220 anggota.

Justeru itu, beliau mempelawa orang ramai menyertai pasukan PVR.

Beliau juga berkata kementerian juga akan akan memberi keutamaan kepada soal kebajikan anggota polis seperi menyediakan kediaman yang lebih selesa dan menaik taraf beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis yang berada dalam keadaan daif.

"Selepas ini saya akan akan turun lagi tetapi tidak ke IPK (Ibu Pejabat Kontinjen) tetapi ke IPD dan balai polis untuk melihat operasi yang dibuat mereka dan juga untuk menambah jawatan anggota mengikut kesesuaian seperti yang diminta," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kadar jenayah keseluruhan di Kelantan telah menurun sebanyak tujuh peratus sejak Ops Cantas dilancarkan pada 17 Ogos lepas.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.