`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Tuesday, September 3, 2013

Tawaran Anwar mengadakan rundingan Meja Bulat


Biarlah keangkuhan dan kesombongan UMNO jadi pengajaran kepada PAS. Lain kali jika UMNO ajak PAS berbincang untuk mencari penyelesaian kepada masaalah bangsa Melayu, kata kepada UMNO, kalau mereka mahu buang masa mereka silakan; masa PAS amat berharga. Respons terhadap tawaran Anwar oleh beberapa pemimpin UMNO, mendedahkan hipokrasi UMNO untuk menyelesaikan masaalah negara. Ramai rupa nya dari kalangan pemimpin UMNO suka kepada rasuah, suka negara kita diurus oleh kepimpinan tidak cekap, suka kepada pertelingkahan kaum, dan suka kepada penyelewengan kuasa.

Anwar bukan mengajak berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan. Buat apa ajak bergabung dwngan parti yang akan kalah akhirnya?

Dia mengajak mengadakan rundingan meja bulat antara UMNO/BN dan Pakatan Rakyat mencari jalan menyelesaikan masaalah nasional seperti rasuah, polarisasi kaum, keadaan keselamatan dalam negara, pengurusan ekonomi dan sepertinya. Tidak timbul pun idea menubuhkan kerajaan perpaduan. Baru ajak berunding meja bulat, pimpinan UMNO naik sasau dan sawan babi meracau tak tentu hala.

Jika UMNO tidak mahu berbincang, kita biarkan sahaja. Lambat laun, kecurangan yang mereka lakukan akan mengejari dan menangkap mereka. Ketika itu, Pakatan Rakyat boleh menubuhkan suruhanjaya kebenaran- Truth Commission. Siapa yang tidak mahu dijel, boleh memilih untuk mengaku dan memulangkan sebahagian besar harta dan kekayaan yang mereka curi. Kalau tidak, mereka kita jelkan. Sesiapa yang menyalahi undang2 akan dihukum.

Penolakan UMNO terhadap tawaran Anwar menunjukkan bahawa UMNO tidak mahu(1) membasmi rasuah. (2) tidak mahu muhibbah antara kaum di Malaysia,(3) tidak mahu mengambil pandangan pihak lain menyelesaikan masaalah ekonomi negara dan (3) UMNO mahu kekal sebagai parti yang korap dan rasauah dan perkauman.

Kalau kita halusi, tawaran Anwar mengandungi perkara2 yang tidak mungkin dipersetujui oleh UMNO. UMNO dibangunkan atas rasuah. Cara mereka dapat rasuah ialah melalui pembelian2 kerajaan dan mega projek. Mana mungkin UMNO mengerat dan memotong saluran yang mengalirkan darah dan nyawa kepada mereka? Jika mereka bersetuju membasmi rasuah, itu seperti bunuh diri.

Maka kita naik hairan bin ajaib bila Najib bercakap mengenai membasmikan rasuah dan menjadikan rasuah a thing of the past. Najib bercakap seorang diri apabila dia mengistiharkan akan membasmi rasuah. Orang yang cakap sendirian, kita tahulah keadaan mental nya.

Mana mungkin UMNO berhenti daripada menyemarakkan perkauman? Itu cara UMNO mengesahkan keujudan nya dengan orang Melayu. UMNO akan terus bercakap membalun bangsa lain untuk menenangkan orang Melayu. UMNO akan hilang kerelevenan nya jika berhenti bercakap mengenai betapa bangsa Melayu ini terancam oleh bangsa lain. Jika UMNO tidak bercakap demikian, rakyat akan sedar bahawa yang menyusahkan kehidupan mereka, yang mengzalimi mereka ialah UMNO iaitu kerajaan dari bansga mereka sendiri.

Najib pula membisu seribu bahasa. Mngkin dia nanti kertas kerja disiapkan oleh APCO yang dikemukakan melalui Pemandu. Agak nya, kalau kertas kerja itu disalurkan melalui Pemandu, kos consulting nya boleh ditambah lagi. Dan mungkin ada oang yang menahan lukah dipergentingan untuk mendanai cara hidup bergaya dan mabuk sana mabuk sini.

Setelah yuran dibayar semua, barulah hard copy diberi kepada Najib dan dia bolehlah bercakap di TV. Kelembapan Najib untuk respon kepada tawaran Anwar menunjukkan bahawa Anwar mempunyai kualiti kenegarawanan yang lebih tinggi dari Najib. Mungkin benar Anwar lebih berbakat menjadi PM untuk Malaysia. Kelembapan Najib mengesahkan bahawa benarlah bahawa Najib tidak boleh mengunyah chewing gum dan berjalan pada masa yang sama.

Pakatan Rakyat tidak perlu buang masa mengajak UMNO kemeja bulat. Lama kelamaan, the chickens will come home to roost.

Posted by sakmongkol AK47 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.