`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 26, 2013

Banjir Kilat Sebab Tiada Parit Yang Sempurna

Jalan Landasan Kapal Terbang Mudah Banjir

MIRI - Apabila musim hujan lebat tiba, sering terjadi banjir kilat berlaku di atas jalan yang melalui landasan kapal terbang lama Lutong, Miri. Jalan menjadi banjir apabila air hujan tidak dapat mengalir keluar dengan baik kerana tidak ada sistem perparitan yang sewajarnya. Para pemandu terpaksa berhati-hati melalui jalan itu, takut masuk ke dalam lubang yang tidak dapat dilihat disebabkan jalan ditutupi oleh air.

Kalau jalan itu dibiarkan terus begitu, akhirnya jalan itu akan rosak teruk dan berlubang dan ianya berbahaya kepada pengguna jalanraya yang sentiasa melalui jalan tersebut  terutama pada waktu hujan dan waktu malam. Tiada lampu jalan di sepanjang jalan tersebut. Perkara ini sudah lama berlaku disebabkan tiada pihak yang mengambil tindakan untuk mengatasi masalah banjir kilat di jalan itu.

Kita mengesa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan pihak yang berkenaan segera mengatasi masalah ini dari berlarutan dengan membina parit untuk memudahkan air hujan yang berlebihan mengalir keluar ke dalam parit yang berdekatan dan juga memasang lampu jalan di sepanjang jalan tersebut untuk kemudahan pengguna jalanraya yang melalui jalan tersebut. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Airstrip Road Flood Prone

MIRI - When the heavy rain season arrives the flash floods often occur on the road that passes through the Lutong old airstrip, Miri. The road became flooded when rain water cannot flow out well because there is no proper drainage system. The driver had to be careful through the road, afraid of get into a hole that cannot be seen due to the road covered by water.

If the road is allowed to continue so, finally the road will be severely damaged and perforated and it is dangerous to the road users that always go by the road, especially on rainy days and at night. There are no street lights along the road. This thing has been going on because no one else is taking action to solve the problem of flash floods in the road.

We urge the Miri City Council (MCC) and the relevant authorities immediately address the problem from protracted with the construction of drains to ease the excessive rain water to flow out into a nearby ditch and also install street lights along the road for the convenience of road users through the road. Cooperation with the parties concerned is highly appreciated.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.