`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 27, 2013

Harga Kad Pengenalan Palsu RM200 Jer..


Harga kad pengenalan palsu rm200 jer? Murah gila.


Pengawal keselamatan warga asing yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya Rabu lalu dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan hanya ratusan ringgit sahaja.

Kad pengenalan itu dibeli dengan harga antara RM200 hingga RM600 sekali gus membolehkan suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bertugas di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang. Malah suspek menggunakan kad pengenalan palsu tersebut untuk melakukan jenayah termasuk perbuatan kejam menembak mati Allahyarham Norazita Abu Talib, 37, dari jarak dekat menggunakan senjata pump gun, Rabu lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah belum diketahui.

"Sejauh mana pembabitan suspek yang disifatkan penjenayah berbahaya ini masih disiasat pihak polis. Cuma kita yakin dia mendapat kad pengenalan palsu yang dibeli hanya ratusan ringgit.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131027/je_01/Beli-kad-pengenalan-palsu-RM200

Beberapa persoalan berkaitan kad pengenalan palsu ;

1. Kualiti kad pengenalan sedia ada dan palsu nampaknya tak jauh berbeza. Bayangkan dengan kad pengenalan palsu mereka boleh buat kad bank, boleh masuk dalam database, boleh masuk dalam mesin pengimbas dan sebagainya. Ini membuktikan kad pengenalan palsu = original = kualiti lebih kurang ataupun sama sama.

2. Katakanla kualiti mereka sama sebab dikeluarkan oleh kilang yang sama, pasal apa boleh wujud kad pengenalan palsu?

3. Adakah syarikat yang dilantik untuk memproses kad pengenalan rakyat di negara ini telah kehilangan kad2 tersebut sekaligus membuka ruang untuk membuat kad pengenalan palsu beb?

4. Ataupun ini kerja orang2 dalam sendiri?

5. Tahu  kah anda sehingga kini gambar2 kepada rakan penjenayah belum disebarkan lagi menerusi media massa, kenapa?

6. Bahkan wang 20,000 yang ditemui pun takde gambarnya.

7. Polis kan ada wartawan polis? Depa tak tangkap gambar kot ataupun gambar tue depa tak sebarkan di media atas sebab tertentu?

8. Kerajaan kena siasat kes neh dari mula. Bukan dari insiden tembak menembak jek.

9. Siasat bagaimana seseorang boleh memiliki kad pengenalan palsu yang sama sebijik macam original sehingga boleh diimbas jarinya dalam mesin pengimbas. Faham tak maksud aku apa dia?

10. Orang bagi ko kad pengenalan palsu. Kad pengenalan kita kad pengenalan pintar. Maksudnya kena guna mesin pengimbas untuk memasukkan cap jari dalam kad tersebut. Kalau cap jari ko berbeza ataupun tidak boleh dikesan, apakah logik untuk ko bekerja sebagai pengawal keselamatan yang dibayar gaji menerusi bank dan melalui potongan KWSP dan SOCSO setiap bulan? Kurang2 nak buat ACCOUNT BANK mestila ada kad pengenalan. 

11. Semakin diperhalusi, semakin didapati ada sesuatu yang tidak kena.

12. Apa pun question mark sekarang neh ialah pada Zahid Hamidi.

13. Sampai sekarang mulut dia berkunci kemas. Ikut pengamatan aku, Zahid Hamidi bukan jenis akan berlepas diri dalam isu2 begini. Dia memang rajin komen dan ulas beb. Bila dia diam diri, aku semakin pelik. Maaf cakapla.. kes neh seperti ada sesuatu yang ingin disorokkan. Cuma aku tatau apa dia.. 

Oke bai.

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.