`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 3, 2013

ISU SIAPA BAYAR KUMPULAN K-POP KOREA SELATAN ... ADAKAH SHABERY CHEEK TUDUH KETUA AUDIT NEGARA DAN KHAIRY JAMALUDDIN MENIPU???



Bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kini Menteri Komunikasi dan Multimedia dengan  nada keras dan tegas menyatakan bahawa pembayaran bawa masuk kumpulan k-pop dari Korea Selatan ke Malaysia sempena Hari Belia Negara 2012 adalah tajaan swasta dan bukan dari kocek kerajaan.

Jabatan Audit Negara culas dalam menjelaskan perkara sebenar dalam isu perbelanjaan RM1.6 juta untuk persembahan K-Pop Hari Belia Negara, kata bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery, kini menteri komunikasi dan multimedia, berkata, jabatan itu hanya menyatakan jumlah keluar daripada akaun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tanpa mengambil kira jumlah "sumbangan" yang dimasukkan.

Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan perkara sebenar kerana wang sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya.

Selain mendedahkan jumlah kosnya, laporan audit juga menegur KBS atas "perbelanjaan tinggi" dan "tidak "selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat" bagi belanja lain untuk sambutan tersebut - berjumlah hampir RM3 juta.

Kumpulan K-Pop dari Korea Selatan U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet terlibat dalam persembahan itu.

Menulis di Facebook, Shabery berkata, justeru itu, terbukti bahawa tiada wang rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pembangkang yang hanya bersandarkan rumusan pendek Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Moga Rakyat celik mata dengan perkara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan audit negara tentang pembelian mesin scanner berharga RM14,000 seunit.

"Tetapi dalam isu KBS, ia tidak pembaziran wang rakyat sebaiknya adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara," katanya.

Bagaimanapun, berbeza dengan Shabery menteri belia dan sukan yang baru Khairy Jamaluddin berkata, KBS membuat bayaran besar itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.

AGAK-AGAK RAKYAT NAK PERCAYAKAN KATA-KATA SIAPA? .. TAK KANLAH PARA PEGAWAI DARI AUDIT NEGARA TAK RETI BUAT KERJA AUDIT.

KALAU NAK COVER LINE PUN AGAK-AGAKLAH.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.