`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 7, 2013

Kenapa Mydin suka perempuan bertudung?


rahsia perniagaan tudungSaya baru tahu yang pemilik Pasaraya Mydin rupanya cukup suka pada perempuan bertudung. Bulan september yang lalu saya ada mengikuti satu seminar anjuran beberapa badan usahawan. Seminar tersebut di namakan Konvensyen Usahawan Muslim.

Walaupun namanya Konvensyen, tapi ia sebenarnya lebih sesuai dinamakan sebagai seminar sahaja kerana aturcara majlisnya adalah ceramah demi ceramah motivasi dari beberapa usahawan dan juga penjual buku macam mana nak jemput rezki.

Antara yang menarik perhatian saya adalah ceramah daripada tuan punya pasaraya Mydin yang bertenaga dan amat ceria dalam persembahannya. Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin yang juga Pengarah Urusan Pasaraya Mydin ini sengaja memposisikan dirinya lebih dekat menghadap para peserta perempuan.


Kenapa agaknya dia berbuat begitu?

Dalam ceramahnya dia sendiri mendedahkan bahawa para wanita yang bertudung yang datang menghadiri seminat pada hari itu merupakan pelanggan yang cukup berharga bagi Mydin. Oleh kerana seminar ada nama perkataan Muslim di belakangnya, maka sudah tentu yang datangnya semua perempuan yang bertudung.

Jika anda pergi ke pasaraya Mydin, antara kawasan perniagaan yang cukup diberikan perhatian adalah kawasan barangan atau aksesori kaum perempuan. Memang berniaga dengan perempuan ini cukup berhasil. Mydin cukup memberikan perhatian pada fesyen tudung yang dipakai oleh kaum wanita di negara kita.
"Ketahui rahsia perniagaan tudung di sini"
Mydin akan memantau perubahan fesyen dan jenis kain dan segera membuat perubahan pada barangannya sebaik sahaja ada berlaku citarasa baru di dunia fesyen bertudung. Dia akan segera mengimpot berkontena tudung dari China atau negara lain untuk memenuhi permintaan tudung di negara kita.

Perniagaan tudung memang cukup menguntungkan. Di tempat saya di Pulau Pinang ada seorang usahawan yang bertukar perniagaan daripada pereka bentuk grafik dan pengiklanan menjadi usahawan tudung yang menjana jutaan ringgit setiap bulan setelah melihat betapa bagusnya berniaga dengan orang perempuan.

Dunia internet sekarang membolehkan anda masuk ke dalam pasaran tudung dengan mudah jika anda tahu caranya. kawan yang saya cerita dari Pulau Pinang itu juga masuk ke perniagaan tudung melalui FB atau internet. Sekarang barulah dia mengambil iklan billboard yang besar dan mahal di sekitar lebuhraya.

Jika anda da citarasa dan skill melihat perubahan pada permintaan fesyen tudung, jangan lepaskan peluang untuk menjadi usahawan tudung. Anda boleh mulakan secara sambilan sahaja dan membina perniagaan tudung itu perlahan-lahan.

Jika anda mahu tunjuk ajar, dapatkan ebook yang saya paparkan di sini untuk mendalami ilmu perniagaan tudung melalui internet.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.