`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 7, 2013

Napoleon dan Stalin Kerdil.


Saya mengalu ngalukan pandangan bernas yang ada penghujjahan dalam blog saya. Sekali sekala saya membenarkan kenyataan bodoh disiarkan untuk tujuan pencerahan. Sebagai contoh- komen yang memperli supaya biarkan negara ini diperintah oleh Dato Sak dan Dato Sak dan parti nya akan menyelesaikan masaalah ekonomi orang Melayu. kenapa tidak?

Ok agreed with dato sak. Come on Malay wake up. drop everything with UMNO and let DAP with dato sak manage your politic and economic for your benefit. Right dato'

Right- Sukalah saya nasihatkan- jika kita tidak ada sesuatu yang bernas boleh dikemukakan- pergilah bermain dengan diri kamu sendiri.

Tapi bukan hanya DAP. Mesti Pakatan Rakyat dan pemimpin utama nya orang Melayu. jika ini terjadi, BN nak komplen apa? Melayu masih menguasai. Bukan Anwar Ibrahim sahaja yang Melayu dalam PR. Masa depan negara ini akan berada dalam tangan inidvidu seperti Rafizi, Nurulizzah, Zairil Khir Johari, orang seperti Dr Zulkifli Ahmad, Khalid Samad, dan yang belum muncul lagi. Disebelah BN, orang seperti Nurjazalan, Khairi Jamaludin, Razali dan lain. Adakah orang2 ini akan menggadai kepentingan orang Melayu yang munasabah? Kepentingan orang Melayu yang sudah ditetapkan dalam perlembagaan dilindung oleh undang.

Negara ini bukan hanya memerlukan pemimpin Melayu. pemimpin bukan Melayu seperti Anthony Loke, Chin Tong, Ong Kian Meng, Surendran, Sivarasa, Tian Chua diperlukan.

Pakatan Rakyat jika memerintah akan mengurus ekonomi dengan lebih baik. apa yang susah sangat menerima bahawa saya pun ada keinginan membaiki keadaan ekonomi orang Melayu sekurang kurang dalam segi memberi sumbangan pandangan dan pemikiran? Memang jika kita ada kuasa kerajaan, kita akan melakukan berlainan dengan apa yang BN buat. Terlalu banyak kesalahan dan kelemahan dalam cara BN mengurus ekonomi negara ini . apatah lagi dengan dasar2 membangunkan ekonomi orang Melayu. ye, kalau kita berkuasa, kita akan buat cara lain.

Membangunkan ekonomi mememerlukan kerajaan yang baik yang dianggotai pemimpin yang baik. Kerajaan yang baik pula akan (1) mendaulatkan pemerintahan mengikut undang2(rule of law); (2) mengistiharkan dan melaksanakan dasar2 yang nyata dan terang dan diketahui umum terlebih dahulu yakni membenarkan ekonomi kita operate atas rules-based system; (3) mengamalkan system pasaran bebas; (4) mengadakan system pengimbuhan/reward system yang adil dan (5) campurtangan dan gangguan kerajaan yang minima.

Ya- biarkan perjalan ekonomi kita dipacu oleh ketetapan peraturan. It is better if the economy operates on a rules-based system instead of arbitrary discretion.

Kita berdepan masaalah kerana terlalu banyak sangat orang memandai mandai mengenakan budibicara dalam menyelesaikan masaalah. Sebagai contoh: kalau kita ada undang2 yang menetapkan bahawa jika sebuah syarikat membalak, menebang pokok diluar kawasan yang dilesenkan kepada nya, kita rampas semua jentera dan sita kawasan dan gantung lesen dan kayu2 yang ditebang dirampas dan dilelong. Kompoun yang mahal dikenakan.

Maka bila ada si mamat yang mengenakan budi bicara melonggarkan undang2 yang ditetapkan- membenarkan jentera dikeluarkan dari kawasan dan tidak menyita kawasan atau menggantungkan lessen- maka pencuri balak akan bermaharaja lela. Lain kali, dia tahu dia akan dapat melepaskan diri kerana penguasa tidak ikut rules tapi guna budibicara. Kita ada rules- tapi tidak mahu ikut. Inilah yang berlaku dalam kawasan saya diRaub. Ada pihak yang bersekongkol menggunakan kuasa budibicara mengkompromi kepentingan negeri. Pencerobohan dan pencurian balak berlaku tanpa sekatan di daerah Raub.

Gandakan apa yang dilakukan diperingkat sebuah daerah kecil keatas seluruh negara. Setiap hari, ribuan budibicara mencabul peraturan dan undang2 yang ditetapkan.  Pada setiap peringkat Napoleon dan Stalin kerdil menggunakan kuasa budibicara yang ada untuk menyimpang dari peraturan dan undang2 yang ditetapkan. Sudah sampai masa nya, semua rakyat kita dididik untuk menyesuakan diri dengan rules based system. Ini akan mengurangkan campurtangan orang2 yang berkepentingan.

Kerana itu, GTP yang diistiharkan oleh PM Najib hanyalah menjadi omongan kosong.

Camprtangan dalam bentuk budibicara Napoleon dan Stalin kerdil menyumbang kepada institutional distortions. Sebab itu kita membaca lapuran audit negara yang mengerikan. Setiap lapisan pentadbiran kerajaan ada rasuah dan penipuan. Ini adalah kita membenarkan kerajaan beroperasi atas budibicara dan bukan mengikut peraturan dan undang2.

Janganlah berlagak sombong menyifatkan hanya UMNO sahaja yang boleh memikirkan bagaimana mahu menyelematkan orang Melayu. mereka sudah made a mess about it selama puluhan tahun. Perikatan dan BN telah perintah negara ini lebih 50 tahun, orang Melayu masih ketinggalan kebelakang. Kita macam tak tahu macam mana mendidik bangsa kita, merumahkan mereka, membangunkan ekonomi. Jadi, ya, kenapa tidak BN digantikan supaya Pakatan Rakyat memerintah.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.