`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 7, 2013

Nedim beli banglo untuk ibunya, kata Nora Danish

NoraDanish_NedimPegawai Khas Parlimen Padang Rengas yang bertukar jawatan dari Pegawai Khas Kementerian, Mohamed Nedim Mohamed Nazri mampu membeli banglo RM7.2 juta. Agaknya Pegawai Khas dengan gaji termahal menyamai Pengerusi Syabas lebih RM400k sebulan.
Apabila ditanya kepada bapaknya tentang banglo tersebut, “Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya,” jawab bapak bangga kemampuan anaknya seperti dilaporkan Malaysiakini sebelum ini. Selepas itu bertanya semula,  “Rumah apa?”  seperti tidak tahu menahu tentang banglo tersebut.
Ia diketahui oleh si buah hati, Nora Danish. Buah hati yang belum mendedahkan kedudukan sebenar mereka tetapi asyik siarkan gambar bertempek mereka.
“Saya agak terkejut dan tidak tahu menahu pun mengenai isu ini. Setahu saya, rumah itu adalah hadiah untuk ibunya dan dia bukan beli untuk saya. Takkanlah dia nak beli hadiah semahal itu untuk saya. Malah, isu kereta Ferrari pun tidak benar kerana saya tidak pakai pun kereta jenama tersebut,” jelas Nora kepada GUA.
“Orang suka buat andaian dan sejujurnya, saya kesian pada dia kerana orang asyik bercakap pasal reputasi jahat dia saja. Jangan kaitkan apa yang dia buat dengan saya kerana memang dia tidak beli hadiah yang dimaksudkan itu untuk saya. Di sini saya ingin tegaskan yang isu ini tidak betul sama sekali dan ia adalah fitnah semata-mata.” kata Nora danish kepada GUA.
Kalau beli kepada ibunya, bini Nazri Aziz, takkan Nazri tak tahu sebelum ini. Bertuah si ibu kerana si anak hadiahkan banglo duit rembat. Kalau tentang reputasi jahatnya seperti disebut Nora Danish, Nora Danish tentu boleh jawab sendiri!! -ekeleh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.