`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 7, 2013

PANAS MENDIDIH!!!! ... HANYA 3 DARI 12 ADUN UMNO/BN HADIR PEMBENTANGAN BAJET 2014 NEGERI KELANTAN HARI INI!!!


Hanya 3 orang sahaja dari 12 orang ADUN UMNO/BN yang hadir semasa YAB Dato Menteri Besar  Kelantan membentangkan bajet Negeri Kelantan 2014 sedangkan inilah agenda terpenting sidang selama 4 hari ini.

Apakah ini sikap yang di tonjolkan oleh para wakil rakyat UMNO/BN DUN Kelantan?

Jelas betapa wakil rakyat UMNO DUN Kelantan majoritinya menunjukkan sikap tidak bertanggung jawab.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan bersidang untuk pembentangan Bajet 2014 bermula 7 sehingga 10 Oktober ini. 


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya kini telah bersedia untuk menjawab soalan berkaitan dengan pembentangan bajet 2014 tersebut. 


Kalau dah sampai 9 wakil rakyat UMNO DUN Kelantan tidak hadir macam mana nak mengajukan soalan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.