`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 27, 2013

Pembunuh dalam kes ngeri PEMBUNUHAN COSPLAY gilakan watak anime Monkey D.Luffy

Pembunuh dalam kes ngeri PEMBUNUHAN COSPLAY gilakan watak anime Monkey D.Luffy
KUALA LUMPUR - Dengan kadar jenayah di Malaysia yang terlampau tinggi, penemuan mengerikan mayat seorang pelajar berusia 15 tahun yang disumbat dalam sebuah beg hijau terang menarik perhatian orang ramai yang sinis dan merasa jijik kerana merasakan bahawa 'kerajaan tidak melakukan secukupnya' atau 'negara ini akan kucar-kacir'.
Wartawan telah menghidu cerita yang luarbiasa berbanding kes rogol dan bunuh, mereka telah mendapat kejutan setelah berjaya mengesan suspek pembunuhan itu semasa dia dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman.
Kes pembunuhan yang pantas diwar-warkan sebagai pembunuhan Cosplay, nampaknya akan meninggalkan kesan– salah satu kes yang amat dasyat dalam sejarah jenayah di Malaysia.
Siapakah suspek sebenarnya?
Namanya belum diumumkan, tetapi sudah banyak yang diketahui tentang suspek berusia 23 tahun ini.
Dia bukanlah penagih dadah biasa atau pendatang asing tanpa izin tetapi seorang pemuda yang mempunyai rekod bersih dan minat yang mendalam terhadap Cosplay atau costume play, yang merupakan hobi di mana pesertanya memakai pakaian seperti watak anime (kartun).
Lebih terperinci lagi, suspek menggemari anime Jepun, One Piece, dan bermain watak Z dari anime itu yang berkisarkan pengembaraan Monyet D.Luffy, seorang budak dengan berbadan elastik.
Dia juga memenangi tempat ke-5 dalam Pertandingan Cosplay CPF baru-baru ini yang diadakan di Plaza Sungai Wang, Kuala Lumpur.
Suspek juga agak terkenal di kalangan masyarakat Cosplay yang agak kecil di Malaysia, yang juga telah terkejut dengan berita pembunuhan itu.
Tidak akan kembali lagi
Mangsa , Ng Yuk Tim, merupakan sebahagian daripada kumpulan Cosplay suspek.
Malah, mangsa telah pergi berjumpa dengan suspek di rumahnya di Petaling Jaya untuk berbincang mengenai pakaian Cosplay . Malangnya gadis muda berkaca mata itu tidak kembali ke rumah.
Menurut pengakuan suspek pembunuhan itu sendiri , dia telah cuba untuk merogol mangsa dan apabila dia gagal , dia membunuhnya dengan ‘dumbbell’.
Dia kemudiannya menyumbat mayat ke dalam beg hijau terang, yang kemudiannya ditemui di Shah Alam.
Related Stories:

Jangan menyalahkan Cosplay
Menurut akhbar The Star, tiada seorang pun rakan-rakannya percaya dia mampu melakukan perkara seperti ini.
"Biar saya beritahu anda, suspek mempunyai ramai penyokong, malah kawan-kawan rapatnya tidak akan percaya dia melakukannya ," kata seorang cosplayer yang mengenali suspek secara peribadi .
"Dia seorang lelaki yang baik. Saya pernah berbual dengannya beberapa kali dan saya tidak pernah mendengar apa-apa cerita yang buruk mengenainya, " katanya.
Dia menambah bahawa masyarakat Cosplay pada masa ini merasa bimbang akan kejadian itu yang mungkin akan memberi kesan terhadap acara Cosplay di masa hadapan.
Seorang lagi Cosplayer merasakan bahawa media terlalu menyalahkan permainan Cosplay ke atas jenayah itu kerana ia sebenarnya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
"Secara peribadi, saya tidak berpuas hati dengan sudut yang dipaparkan oleh media untuk kes ini - ia bukan berkait rapat dengan komuniti cosplay ," katanya lagi.
"Ia hanya satu kes ‘bahaya yang didatangkan oleh orang yang tidak dikenali’- seperti seorang gadis yang mengikuti seorang lelaki ke kelab , jika dia tidak berhati-hati dia akan dirogol dan dibunuh."
Seorang lagi Cosplayer , yang hanya mahu dikenali sebagai Kyu- erien berkata, adalah tidak adil untuk menyalahkan cosplay di atas kejadian itu.
"Jika Cosplay dipersalahkan, bahan lucah juga sepatutnya dipersoalkan. Terdapat banyak perkara yang boleh merosakkan seseorang. Saya sendiri tidak kenal mangsa mahupun tertuduh tetapi saya dengar mereka telah mengenali antara satu sama lain selama 5 tahun, "katanya.
Banyak perkara boleh merosakkan seseorang
Namun begitu, ini hanya pertemuan kali kedua pasangan malang itu secara bersendirian walaupun mereka telah mengambil bahagian dalam beberapa acara Cosplay bersama-sama.
Mungkin benar, ada banyak perkara yang boleh merosakkan seseorang.
Suspek pada mulanya berkata dia telah meninggalkan gadis itu di stesen LRT Kelana Jaya pada pukul 2 petang pada hari Isnin.
Apabila dipaksa, dia akhirnya mengakui bahawa dia ada cuba merogol Yuk Tim di rumahnya dan apabila dia melawan, dia telah membunuhnya.
"Dia memberitahu kami bahawa Yuk Tim melawan dan menggigitnya dan ini menjadikan suspek marah dan memukul kepala mangsa dengan ‘dumbbell’, yang telah menyebabkan mangsa mati serta merta," kata pengasas ‘Community Policing’ (Persatuan Kepolisan) Selangor, Kuan Chee Hong.
"Dia juga memberitahu kami bahawa dia menyumbat badan mangsa ke dalam beg, yang dibawanya dengan kereta ke tempat berhampiran Kota Kemuning di mana dia telah membuangnya di situ."
Sudah terlambat untuk menyesal
Kuan merupakan salah seorang yang berjaya mendapatkan pengakuan daripada suspek, yang telah bersetuju untuk bertemu dangan ibu Yuk Tim di sebuah restoran di Kelana Jaya.
Apabila saya tiba, suspek telah berada disana bersama ibu mangsa. Saya nampak dia ada kesan gigitan di tangan kanannya, jadi saya bertanya kepadanya jika dia ada kena mengena dengan kehilangan Yuk Tim kerana dia merupakan orang terakhir yang bersama mangsa,” kata Kuan.
Selepas diasak beberapa soalan, suspek mengaku. Kuan kemudian menyerahkan suspek kepada polis.
Pagi tadi, semasa polis mengiringinya ke mahkamah untuk tahanan reman, wartawan menyerbu dan mengelilinginya. Mereka bertanya- kenapa dia melakukannya?
Dia menjawab:
“Saya tak tahu.”
“Sudah terlambat untuk saya menyesal.”      - 
[Terjemahan oleh Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle]
Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.