`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 26, 2013

PENDIDIK bantah guna premis kerajaan

Dipetik dr Facebook Normala Sudirman

12 OKTOBER 2013 : NGO PENDIDIK membantah tindakan mana- mana pihak yang menggunakan premis pendidikan seperti sekolah atau dewan untuk tujuan program politik kepartian.

Jangan jadikan warga pendidik, pengetua dan prasarana sekolah sebagai alat untuk mengekalkan survival politik mana- mana pihak.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah tidak wajar membiarkan perkara ini berlaku kerana ia jelas mencampur adukkan ‘dunia pendidikan’ dengan ‘politik kepartian’.

Sekolah, warga pendidik harus bebas dari sebarang ‘cengkaman politik kepartian’ yang akhirnya akan merugikan anak bangsa.

Situasi ini sebenarnya telah lama berlaku sehingga ianya tidak dianggap salah dan telah menjadi kebiasaan.

Rakan fb yang budiman,jika situasi ini berlaku ditempat anda ,apakan yang akan anda lakukan?



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.