`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, October 23, 2013

Umno: Keperluan mengatasi kemahuan

Keterbukaan Umno pada pemilihan parti kali ini mungkin boleh dianggap sebagai titik tolak bagi mewujudkan keseimbangan dalam parti.
COMMENT
Oleh Anna Majid
Perubahan adalah satu proses yang tidak dapat dielakkan sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian. Sama ada untuk menjadi yang lebih baik atau tidak adalah sesuatu yang subjektif dan bergantung pada individu yang membuat penilaian.
Melihat kepada keputusan dalam pemilihan Umno 2013 yang baru berakhir, banyak muka-muka lama yang masih menghiasi tampok tertinggi parti walau ada pucuk baru yang di lihat berjaya menerobos lalu.
Tidak banyak yang berbeza. Namun keterbukaan Umno pada pemilihan parti kali ini mungkin boleh dianggap sebagai titik tolak bagi mewujudkan keseimbangan dalam parti.
Presiden parti sendiri mahu melihat perubahan dalam parti, tapi sebelum itu adalah penting untuk memastikan apa yang Umno mahukan dan apa yang Umno sebenarnya perlukan.
Adakah Umno mahu berubah? Mungkin juga persoalan yang lebih penting adalah, perlukah Umno berubah?
Kebergantungan Umno pada komponen lain dalam Barisan Nasional ketika ini sangat kecil, melainkan di Sabah dan Sarawak.
Parti komponen lain tidak lagi mampu memberikan kemenangan dua pertiga di parlimen dan dengan situasi politik di Malaysia ketika ini, kemenangan besar seperti itu adalah sesuatu yang barangkali mustahil.
Umno terikat dengan bukan saja perjuangan parti tetapi juga kehendak parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional.
Umno yang lebih liberal ketika itu menyebabkan orang Melayu beralih kepada PAS dan sebagai timbal balik, parti-parti komponen yang lain menyumbang pada kemenangan BN keseluruhannya.
Kini ia bukan lagi faktor penting bagi memenangi pilihanraya.
Penolakkan terhadap Umno dan juga BN oleh pengundi bukan Melayu perlu menjadi sebab Umno bangkit. Misi untuk mendapatkan kembali sokongan mereka ini yang teryata sudah beralih sepenuhnya kepada pakatan pembangkang adalah sesuatu yang mustahil digapai Umno.
Tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Dengan itu, Umno tidak lagi perlu takut untuk memberi sepenuh perhatian kepada keperluan dan kemahuan orang Melayu.
Ketidakstabilan dalam pakatan pembangkang, yang kini dilihat tersasar dari memperjuangkan yang terbaik untuk orang Melayu sekaligus agama Islam harus dijadikan pemangkin perubahan dalam Umno.
Demi ‘kelangsungan hidup’ parti dan demi penyatuan orang Melayu, Umno tiada pilihan selain daripada perlu melakukan transformasi.
Perlukah Umno menjadi lebih Melayu dan Islamik berbanding PAS bagi memenangi orang Melayu?
Perlu! Keperluan mengatasi kemahuan.
Umno perlu berubah untuk terus relevan kepada orang Melayu keseluruhannya. Langkah ini kritikal bagi Umno untuk terus memerintah.
Sokongan padu dari orang Melayu kini lebih penting bagi memastikan Umno seterusnya kekal di Putrajaya.
Kemahuan orang Melayu dan umat Islam keseluruhannya kini perlu menjadi kemahuan Umno. Apa yang terbaik untuk orang Melayu dan umat Islam adalah yang terbaik untuk Umno.
Mungkin hanya dengan cara ini, Umno dapat dilihat sebagai pilihan yang terbaik, lebik baik dari PAS dan sudah semestinya lebih baik dari PKR.
Anna Majid adalah pemerhati politik tanahair.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.