`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 25, 2013

KOMITMEN KERAJAAN PR SELANGOR YANG SUKAR UNTUK DITERBITKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN .... 1 DUN 1 PUSAT DIALISIS RAKYAT.


Semua DUN termasuk DUN yang diwakili UMNO/BN .. tiada diskrimansi, politik dendam kesumat maupun polisi buli diamalkan oleh Kerajaan PR Selangor.

SHAH ALAM 25 NOV : Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan satu Pusat Dialisis Rakyat (PDR) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi memenuhi keperluan rakyat.

Exco Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr Daroyah Alwi, berkata satu bentuk kerjasama dilakukan dengan beberapa entiti termasuk pihak swasta bagi memenuhi hasrat itu.

Katanya, kerajaan negeri juga bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membincang dan mendapatkan kerjasama dalam merealisasikan hasrat itu.

“Kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia penting kerana lesen yang sah diperlukan sebelum sesebuah PDR dapat beroperasi.

“Ketika ini, kerajaan negeri berjaya mewujudkan empat PDR di Ampang, Taman Medan, Sementa dan Lembah Keramat, manakala sebuah lagi di Jalan Kebun sedang menunggu kelulusan kementerian.

“Jumlah mesin dialisis yang digunakan adalah 33 buah dan seramai 91 orang pesakit sedang menerima rawatan di seluruh PDR sedia ada,” katanya.

Daroyah (PKR-Sementa) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Razaly Hassan (PAS-Dusun Tua) berhubung usaha yang diambil untuk menjayakan perancangan pusat rawatan dialisis rakyat di seluruh daerah Selangor.

Daroyah berkata, kerajaan negeri juga berhasrat menyediakan bantuan kos rawatan untuk pesakit buah pinggang di pusat hemodialisis selain PDR kerana masih banyak DUN belum memiliki pusat dialisis sendiri.

Katanya, PDR mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan tanpa mengenakan sebarang bayaran sehingga kini.

“Perkhidmatan yang diberikan tanpa mengambil kira jantina, kaum, agama, fahaman politik atau kedudukan individu berkenaan dalam masyarakat.

“Setiap rakyat Selangor berhak mendapatkan yang terbaik dan itu memang hasrat kerajaan negeri dan akan terus didukung untuk kebaikan setiap lapisan masyarakat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.