Pilu lihat derita ditanggung anak
KULIM - Dulu dia seorang kanak-kanak yang periang, manja dan juga penghibur kepada keluarga.
Kenakalannya mengusik abang dan dua adik perempuannya tetap menjadi hiburan kepada pasangan Mohd Esa Mohd Rejab dan Asiah Jusoh yang tinggal di Taman Sungai Kob.Bagaimanapun, ia berubah apabila anak kedua mereka, Mohd Arif Wajdi, 9, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular sering tidak hadir ke sekolah kerana sentiasa mengadu sakit dan lenguh pada kaki kanannya.
Mohd Esa berkata, kejadian berlaku April lalu ketika di sekolah. Menurutnya, dua rakan tertendang kaki kanan anaknya bagaimanapun tidak diendahkan Mohd Arif.
"Masalah berlarutan sehingga paha kanannya mula membengkak.

Mohd Arif kemudiannya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum diarahkan doktor mendapatkan nasihat pakar di Hospital Kulim.
"Setelah pemeriksaan dijalankan, dia diarahkan untuk menerima rawatan susulan di Hospital Besar Pulau Pinang," katanya.
Masalah bertambah berat Mohd Esa berkata, pembedahan kecil dijalankan pada paha kanan anaknya itu dan doktor mengesahkan Mohd Arif menderita akibat penyakit barah tulang.
“Sehingga kini, pelbagai kaedah sudah dilakukan dan doktor menasihatkan supaya Mohd Arif menjalani perubatan kemoterapi. Bengkak yang ada pada pahanya semakin membesar dan ini membuatkan dia tidak boleh berdiri atau duduk.
"Selain paha, di bahagian umbun kepala anak saya itu juga mula membengkak dan matanya tidak dapat melihat akibat penyakit dialami.
Kos rawatan yang diperlukan mahal dan ubat barah yang dibekalkan kepadanya berharga RM1,000 dan ia hanya dapat bertahan selama sebulan.
Selain itu anak kami terpaksa memakai lampin pakai buang,” katanya.
Katanya, pendapatan yang diperoleh sebagai jurujual dan isterinya sebagai guru tidak mampu untuk menampung kos perubatan anak mereka.
Mohd Esa meminta jasa baik orang ramai dan mana-mana agensi untuk membantunya bagi membolehkan Mohd Arif mendapatkan rawatan dengan segera.
Rakan sering bertanya khabar Selain itu, khidmat dari Majlis Kanser Negara (Makna) sangat diperlukan bagi membolehkan anaknya dapat ditempatkan ke hospital pakar di Kubang Kerian, Kelantan.
Sinar Harian sudah memaklumkan masalah berkenaan kepada pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan bantuan diberikan kepada Mohd Arif.
Abangnya, Mohd Nasrul Ashraf, 12, berkata, dia sering membantu adiknya.
“Saya beri dia makan dan menjaga setiap hari. Adakalanya saya mengurut perut dan kakinya apabila dia berasa tidak selesa.
"Saya sedih melihat keadaan adik dan mahu dia cepat sembuh. Mohd Arif pun sudah lama tidak pergi sekolah. Semua kawan-kawan di sekolah sering bertanyakan khabarnya,” katanya.
Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohd Esa di talian 013-5195877 atau 019-5447188 atau menderma melalui akaun simpanan CIMB ibunya, Asiah Jusoh bernombor 0208-0036497-52-8.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.