`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 25, 2013

Petronas Tidak Pernah Bayar Wang Zakat, Patut Negara Tidak Berkat!

petronas

Lihat shj keberkatan MAS rugi terus perniagaan melayu dan yg untung pula hanya monopoli yg senang disergah dan diperas secara senyap
Komen: Keadaannya kini pemimpin negara dicela oleh lebih 15 juta rakyatnya sendiri. Ana Ghoib teringat kes kecurangan kecurangan baik dalam soal kitab dan hukum serta budaya yahudi yg dikecam dan disindir hebat Nabi Isa as terutama dlm soal keadilan dan CUKAI serta kecenderungan mereka membodek raja Herod Roman sehingga membawa kepada penangkapan baginda.
Lihatlah nasib orang terdahulu yg menghina kaum sendiri dengan cukai dan monopoli. di manakah kesudahan mereka?
Bukankan Al Quran itu batu ujian bagi kitab terdahulumua Injil dan Taurat? Ingatlah kepada yg belum sampai kesedarannya kerana lupa atau tidak mahu tahu. KEHINAAN di akhirat lebih berat lagi dan kekal abadi selamanya.
Ana ghoib sudah lama meninggalkan melayu…lebih baik makan akar kayu atau mengigit geraham……
lawak politik
Komen UMUM:
Selamat pagi, salam 1 Malaysia tak bayar cukai adalah PENGKHIANAT.
- Bagi ic kepada pendatang asing ok
- Urus negara secara rasuah ok
- Ketirisan wang negara tak terbendung ok
- Bagi semua projek2 kpd krony2 ok
- Membazir wang rakyat ok
- Salahguna wang rakyat ok
Dan banyak lagi kecuaian pihak kerajaan terhadap rakyatnya dipandang remeh. Bila bab kenakan rakyat.. dipanggil Khianat!!
Petronas punya wang tak pernah DIAUDIT. kenapa?
Laporan Malaysiakini:
Petroleum Nasional Berhad (Petronas) tidak pernah membayar zakat kepada mana-mana badan agama negeri atau pihak yang layak menerima zakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapha Mohamad.
Sebaliknya kata beliau, Petronas hanya membuat pembayaran cukai syarikat dan cukai pendapatan petroleum kepada kerajaan.
“Petronas yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat adalah sebuah syarikat milik penuh kerajaan melalui Menteri Kewangan diperbadankan dan membayar cukai keuntungannya seperti syarikat lain,” katanya.
Menurut laporan Bernama, Mustapha berkata, kerajaan menyerahkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi menentukan sama ada perlu atau tidak bagi syarikat Petronas membayar zakat perniagaan.
Katanya, setakat ini jawatankuasa itu belum membuat keputusan sama ada wajib atau tidak bagi Petronas membayar zakat berkenaan.
“Jawatankuasa fatwa sedang mengumpul maklumat mengenai Petronas,” katanya ketika menjawab soalan Dr Mohamed Hayati Othman (PAS-Pendang) mengenai jumlah zakat perniagaan yang dibayar Petronas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mustapa berkata sejak mula beroperasi sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac tahun ini, sebanyak RM110.8 bilion disumbangkan oleh Petronas dalam bentuk cukai kepada kerajaan.
“Sumbangan ini adalah dalam lingkungan 45 peratus daripada sumbangan Petronas kepada kerajaan,” katanya.
Beliau berkata sumbangan lain adalah dalam bentuk dividen iaitu sebanyak 30 peratus, royalti 20 peratus dan duti eksport lima peratus.
Boleh gitu?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.