`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, November 21, 2013

RUPA-RUPANYA BUDAK YANG KONONNYA "DISOROK" PENUNGGU VILLA NABILA IALAH PENDOKONG TEGAR UMNO!!!!



KECIL-KECIL DAH PANDAI BUAT HAL.

Budak yang dikatakan hilang setelah masuk rumah berpuaka Villa Nabila,, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, tetapi sebenarnya berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, Johor Bahru. 


Mangsa difahamkan bersama rakannya memasuki Villa Nabila awal pagi Ahad sebelum keluar menerusi pintu belakang dan membuat keputusan tidak pulang ke rumahnya, sebaliknya tidur di rumah rakannya.


Susulan kehilangan Izzat, keluarganya membuat laporan polis dan kes itu kemudian mendapat perhatian orang ramai yang membuat tanggapan mangsa itu hilang di villa berkenaan dan kononnya `disorok' penunggu banglo lama berkenaan.


Ibunya Norhayati Mohamad, 39, berkata, polis memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya telah ditemui di sekitar pukul 2 pagi Selasa.


Norhayati berkata, beliau berjaya bercakap dengan anaknya secara ringkas dan anaknya memberitahu bahawa dia telah terlupa untuk memberitahu ibunya di mana dia berada.

Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang remaja lelaki telah hilang selepas dia dilihat memasuki bangunan terbiar di Danga Bay di Johor Bahru pada Sabtu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.