`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 21, 2013

Sultan Adalah Manusia Biasa Yang Akan Buat Silap dan Tak Terlindung Dari Dosa

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Mana-mana pihak yang mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pengunaan kalimah Allah wajar meninggalkan negeri itu.

Tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, perkara itu berikutan baginda adalah ketua agama Islam negeri dansudah menjadi tanggungjawab rakyat Selangor untuk mentaatinya.

"Apa yang dititahkan baginda perlu kita mentaati, tiada kompromi sekiranya beragama Islam atau lain- lain.

"Kalau ada bibit-bibit penolakan terhadap titah itu, mereka perlu pergi ke (negeri) lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Sultan Selangor menitahkan semua rakyat khasnya di Selangor tanpa mengira kaum serta latar belakang agama akur dan patuh kepada larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Titah baginda itu dinyatakan menerusi kenyataan khas yang dikemukakan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais di Shah Alam.

Dalam kenyataan khas itu, baginda mahu semua rakyat mematuhi larangan tersebut seperti mana yang tertakluk di bawah Seksyen 9, Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di kalangan Orang Islam) 1988.

Mahmood Zuhdi menyeru semua pihak tanpa mengira latar belakang agama atau kaum mentaati titah baginda kerana keprihatinan Sultan Selangor amat bertepatan dengan peranan baginda sebagai ketua agama negeri.

........................

1. Melayu ramai yang menjual air yang telah dijampi dengan pelbagai jenis doa.

2. Melayu juga ramai menjual pelbagai peralatan yang ajaib yang boleh ganti hospital dan ilmu perubatan.

3. Melayu juga ramai yang menipu gunakan perwatakan alim macam syarikat perumahan Alfalfa.

4. Janganlah sebab dia Professor kita ambik bulat2 apa dia cakap, wahai Melayu.

5. Ada kelulusan tak semestinya menunjukkan seseorang itu cakap benda betul aje.

6. Kita kena belajar macam mana nak bezakan ayat akademik dan ayat menjilat jubor. Ustaz pun kadang2 ada yang 24 jam menjilat jubor aje walaupun tasbih tak pernah lekang dekat tangan.

7. Lagilah pulak bila kita disuruh tengok Sultan macam dia takde cacat cela langsung.

8. Takkanlah kita nak sanjung diorang ni sampai begitu sekali? Sekadar respek tak cukup ke?

9. Takut aku baca statement2 camni. Orang yang tak berapa tahu pasti akan turuti sepenuh hati.

10. Takut2 nanti ada pulak peniaga Melayu yang jual air mandi Sultan sebagai air penawar sakit. Ada pulak yang akan testimoni kencing manis dia hilang lepas tu...

11. Kita saban hari disuruh supaya akur dan akur. Akur dia kerana dia Sultan. Akur dia kerana dia Menteri.

12. Tapi Professor Ilmuwan Islam, pasal yang benda camni, kenapa kau tak berani tegur? Aku ambik sebagai contoh sebab benda2 camni generally banyak berlaku dalam masyarakat tapi mana pegi menyorok Ilmuwan Islam bila isu2 camni ada?



13.  Selagi Sultan tak suruh sesuatu yang bercanggah dengan agama aku akan respek dia. Itu aje la. Tapi kalau terjadi depan aku Sultan minum arak atau peluk dayang istana, mintak maaflah aku nak respek lepas tu.

14. Janganlah ajar Melayu taat Sultan membabi buta. Kalau ada Permaisuri Sultan yang tak pakai tudung, kau kena la tegur jugak. Kalau ada anak Sultan minum arak, kau kena la tegur. Kalau ada kabinet arak dalam Istana, kau kena la berani tegur.

15. Tapi, nampaknya Ilmuwan Agama sekarang ni lebih gemar tegur benda2 yang menguntungkan dia sahaja. Itulah dia masalah kenapa Melayu makin lama makin hancur.

16. Lagipun, Prof.................... kau orang Kelantan. Yang kau bersemangat nak halau orang Selangor keluar ni kenapa?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.