`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 20, 2013

Sahihkah hukuman yang Ibrahim Ali jalani kelmarin?

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim, kerana menghina mahkamah berkuatkuasa kelmarin dan juga denda RM20,000. 

Susulan itu, Ibrahim diperintahkan ditahan di lokap kompleks mahkamah Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang. 

Tetapi, Ibrahim, bersama peguam dan rakan-rakan telah dilihat sedang minum teh tarik di kafeteria Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kita-kira jam 4 petang….apa jadahnya?

Macam mana Ibrahim Ali boleh mendapat layanan yang istimewa sewaktu menjalani hukuman satu hari penjara yang dikenakan oleh mahkamah kelmarin? 

Apakah sahih bahawa Ibrahim telah benar-benar menjalani hukuman tersebut?

Bukankah ini juga satu penghinaan kepada sistem pentadbiran Mahkamah negara?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.