`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 26, 2013

Top-secret exposé - Perisik Singapura dan Australia intip Malaysia sejak tahun 1970 an

Dokumen rahsia dideahkan oleh Edward Snowden menunjukkan bahawa Singapura terlibat membantu Amerika Syarikat mengintip Malaysia.

Fairfax Media, Australia memetik harian Belanda. NRC Handelsblad, mendedahkan bahawa Singapura adalah "pihak ketiga" yang menyediakan  akses kepada saluran komunikasi Malaysia kepada US, UK. Kanada, New Zealand dan Australia.

Menurut Fairfax, Malaysia dan Indonesia telah menjadi sasaran utama perisik kerajaan Australian dan Singapura  sejak 1970s, kerana kebanyakan komunikasi dan trafik internet terpaksa melalui negara pulau tersebut.

Bulan lepas, Snowden mendedahkan US mengintip Malaysia melalui stesen pengawasan yang diletakkan di kedutaan US di Kuala Lumpur untuk mengesan perbualan telefon dan mengawasi semua rangkaian telekomunkasi dalam negara.

Pada bulan Ogos, sumber perisikan Australia mengesahkan bahawa top-secret intelligence tool  yang dinamakan 'XKeyscore' telah digunakan untuk mengintip Malaysia dan negara-negara Asia Pasifik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.