Gambar hiasan |
Assalamualaikum dan salam bloger,
Setiap kali menjelang tahun baru masihi,ianya akan disambut dengan meriah oleh pemimpin negaraku dan anak-anak muda dengan sorak sorainya.
Jika pengisiannya secara islamik dan tidak menjatuhkan moral tak apalah.
Tetapi biasanya ianya tidak berlaku.Mengikut laporan akhbar setiap tahun selepas menjelang sambutan tahun baru maka padang dan dataran akan dipenuhi dengan botol-botol arak,manakala keesokannya akan terpampang di dada dada akhbar berita-berita tentang ramainya anak muda islam yang ditangkap khalwat.
Sembilan bulan akan datang lahirlah berapa ramai pula anak-anak zina yang tidak berdosa yang akan menanggung aib hasil dari kerja-kerja jahat ibu dan ayahnya yang tak bertanggung jawab.
Sampai bila kah peristiwa ini akan berterusan.
tidak cukupkah lagi peringatan demi peringatan yang Allah berikan kepada kita ummat islam khususnya di malaysia samada pemimpin atau pun rakyat bawahan.adakah sampai kiamat kita nak terikut-ikut dengan budaya orang-orang bukan islam.semoga Allah melindungi kita dan anak cucu kita dari fitnah dajal akhir zaman ini..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.