`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 16, 2013

Bila 'Rumah Mampu Milik' menjadi 'Rumah Tak Mampu Milik'.. YB pun lari?



Betapa kecewanya mereka bila rumah mampu milik yang ditawarkan oleh kerajaan negeri menjadi rumah yang hanya mampu dilihat.

Ini kerana rumah mampu milik yang ditawarkan itu menyatakan harganya pada risalah ialah RM72,500 tetapi apabila surat tawaran tersebut diajukan kepada pemaju untuk tujuan pengesahan penerimaan tawaran harga sebenar bukanlah RM72,500 tetapi RM165,500.

Harga tersebut meningkat kerana menurut pemaju mereka telah melakukan pengubahsuaian pada kos RM59 hingga ke RM65,000 dan ditambah dengan harga bagi lot 'parking' RM28,000 hingga RM30,000.

Lebih malang lagi buat mereka bilamana Exco yang terbabit seolah-olah cuba melarikan diri dari berhadapan dengan mereka bagi membantu menyelesaikan kebuntuan mereka.

Malah pembantunya yang dihubungi apabila diterangkan kronologi peristiwa mengenai rumah mampu milik yang tak mampu dimiliki itu, mendakwa pihaknya sedar akan perkara itu kerana banyak aduan telah diterima mengenai projek perumahan itu.

Katanya "Jika terbukti dakwaan itu benar, pihak kerajaan negeri boleh menyekat pengeluaran sijil menduduki (CF) bagi projek tersebut.

Bila ditanya pembeli, apa yang perlu dilakukan oleh pembeli buat masa sekarang?.. katanya "Tuan perlu korbankan RM16,500 sebagai bayaran pendahuluan..

Tak ke bodoh namanya itu.. bayar RM16,500 untuk sesuatu yang tak pasti.. apa akan jadi dengan RM16,500 itu jika sijil menduduki tidak dikeluarkan oleh kerajaan?

Bila ditanya bila boleh berjumpa dengan YB Exco perumahan itu, jawabnya pula "Buat masa sekarang YB sibuk, bagaimanapun kita akan tetapkan satu waktu untuk perjumpaan dengan pembeli-pembeli..

Oooo.. masa kempen pilihanraya dulu sibuk macam manapun sampai pukul dua atau tiga pagi masih sanggup turun padang jumpa pengundi.. sekarang?

Apa dah jadi sebenarnya dengan projek ini?.. siapa dibelakangnya sebenarnya hinggakan pemaju begitu angkuh dan boleh berkata "Kalau tak mahu boleh tolak..."

Sedangkan mereka telah menjadikan para pembeli yang memang amat mengharapkan rumah mampu milik itu merasa tertipu..


Rentetan dari itu, sekumpulan pembeli telah hadir ke pekarangan Dun bagi mendapatkan kepastian mengenai permohonan mendapat bantuan dari kerajaan negeri..


GEORGETOWN - Kira-kira 100 pembeli rumah kos rendah di Jalan Permai, Bukit Gambir hadir ke pekarangan Dun bagi mendapatkan kepastian mengenai permohonan mendapat bantuan dari kerajaan negeri.

Mereka yang tiba di luar pintu pagar Dun meluahkan perasaan tidak puas hati apabila terpaksa menunggu di pejabat pemaju sejak pagi semalam tanpa kehadiran wakil dari pejabat Exco Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan seperti yang dijanjikan.

Wakil pembeli, Mohd Amin Abdul Kadir berkata, mereka diminta menunggu di pejabat syarikat pemaju berkenaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari Dun sejak jam 8 pagi namun tiada wakil yang muncul.

“Kami rasa dipermainkan kerana wakil kerajaan negeri tidak hadir seperti yang dijanjikan. Kami sebagai rakyat memerlukan campur tangan wakil rakyat berikutan masalah kami seolah-olah ditipu pemaju.

“Kami tunggu di pejabat pemaju sejak jam 8 pagi, namun sehingga jam 3 petang, tiada wakil kerajaan negeri muncul sedangkan mereka dah janji. Mereka yang bagi tarikh supaya kami ke sana pada hari ini (semalam) untuk berbincang namun difahamkan wakil Exco Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan, ada mesyuarat sebab itu kami ambil keputusan untuk datang ke sini,” katanya kepada media.

Menurutnya, mereka terkilan kerana sebelum ini kerajaan negeri pernah berjanji akan membantu untuk menyelesaikannya namun tidak seperti dijanjikan.

Kumpulan itu kemudian beredar selepas 15 minit berkumpul di hadapan Dun dan berpuas hati dengan tindakan Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee yang berjanji akan membawa masalah mereka kepada Exco Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan, Jagdeep Singh Deo untuk diselesaikan.

Terdahulu, kumpulan itu meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tawaran yang diberikan pemaju di pejabat Jagdeep, 3 Disember lalu.

Difahamkan, kesemua mereka tidak berpuas hati dengan pemaju pangsapuri Centrio Avenue yang menawarkan pengubahsuaian pada rumah berkenaan dengan harga yang tinggi tanpa mendapat persetujuan mereka dengan kos kos RM59,000 serta mengenakan caj lot meletak kereta sehingga RM30,000.

Pangsapuri yang mempunyai 31 tingkat dan berkeluasan 650 kaki persegi serta mengandungi 780 unit itu dijangka dapat diduduki pada Mac tahun depan laporSinar Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.