Datuk Mat Zain Ibrahim akhirnya membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) mengatakan kenyataan bersumpah peguam Umno itu mengandungi pembohongan yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu membuat laporan polis di Balai Polis Setapak tengahari ini.
Shafee memfailkan afidavit di Mahkamah Rayuan minggu lalu sebagai respon kepada permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkannya dari mewakili kerajaan sebagai Timbalan Pendakwaraya dalam rayuan Putrajaya terhadap pembebasan Anwar dari tuduhan liwat.
Rayuan Anwar akan didengar di Mahkamah Rayuan Khamis ini.
-TMI

_300_200_100.jpg)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.