`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 12, 2013

Harga makanan dijangka naik 10 peratus

mohd-yusof-abdul-rahmanKUALA LUMPUR 11 DIS: Harga makanan dan minuman dijangka meningkat sekurang-kurangnya 10 peratus akibat kenaikan harga gula, kata pengarah komunikasi Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman.
Kata Yusof (gambar) kenaikan 10 peratus dijangka terdiri dari jenis makanan siap di restoran-restoran.
“Ada sesetengah kedai makan di Kuala Lumpur yang menaikkan harga makanan panas seperti nasi goreng sehingga RM7 sepinggan.
“Ini kerana harga bahan masakan seperti gula yang dibeli secara runcit oleh pemilik restoran telah meningkat,” katanya kepada Keadilandaily.
Manakala harga barangan yang dipek dan bertin dijangka turut meningkat kerana gula merupakan kandungan utama bahan makanan dan minuman.
Kata Yusof, walaupun hanya satu harga item yang meingkat, ia tetap memberi kesan berikutan hampir keseluruhan jenis makanan dan minuman menggunakan gula.
“Kelompok paling terkesan akibat kenaikan ini sudah tentu golongan muda dan mereka yang tinggal di bandar.
“Ini kerana mereka bekerja sepanjang hari dan berada di pejabat. Mereka bergantung dan menjadi pengguna tetap ,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.