`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 16, 2013

Jangan Malu Daftar Kelahiran Anak Luar Nikah - Kementerian Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga

"Sekiranya anak tersebut tidak mempunyai dokumen sah, apabila anak tersebut mula meningkat dewasa, dia akan menghadapi masalah untuk bersekolah"

[fmt]- Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga (KKWPK) menggesa gadis yang terlanjur sehingga melahirkan anak tidak sah taraf supaya mendaftar kelahiran anak itu bagi mengelak kesulitan di kemudian hari.

Menterinya, Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, ibu muda tersebut boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) untuk membantu mendaftarkan anaknya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Kita tidak mahu anak yang dilahirkan itu dibuang begitu sahaja oleh ibu bapanya kerana sekiranya anak tersebut tidak mempunyai dokumen sah, apabila anak tersebut mula meningkat dewasa, dia akan menghadapi masalah untuk bersekolah, tiada status kewarganegaraan dan seumpamanya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Isu Kanak-kanak Tanpa Dokumen Sijil Lahir, Kewarnegaraan dan Individu di pejabatnya di sini semalam.

Kata Fatimah, ibu bapa mesti mendaftarkan kelahiran anak itu meskipun status mereka kabur atau seumpamanya.

“Pendaftaran lambat atau sebaliknya, yang penting kelahiran anak tersebut didaftarkan bagi mendapatkan sijil lahir, seterusnya anak tersebut boleh diambil sebagai anak angkat jika si ibu tidak mahu memelihara anak berkenaan,” katanya.

Menurutnya, seramai 13 kes anak yang tidak mempunyai sijil kelahiran dan masih dalam siasatan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman dan Rumah Kanak-kanak Kuching, Batu 12.

“Kebanyakkan ibu bapa lebih suka memilih bayi yang baru lahir atau masih kecil untuk dijadikan sebagai anak angkat.

“Justeru, kita sedaya upaya mengesa pihak polis untuk mempercepatkan siasatan kes bayi dibuang kerana setelah kes ditutup, baru proses menganakangkatkan dapat dilaksanakan,” ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendaftar Kanan JPN Kuching, Salmi Kiprawi berkata, kanak-kanak dibawah jagaan JKM tidak memerlukan dokumen yang banyak untuk didaftarkan kelahirannya kepada JPN.

“Untuk kes bayi yang dijumpai, proses permohonan kelahiran diuruskan oleh JKM, iaitu kita memerlukan surat pengesahan, laporan polis dan gambar bayi berkenaan.

“Ini kerana, tempat dan tarikh bayi tersebut dijumpai akan direkodkan sebagai tempat dan tarikh kelahirannya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.