`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 18, 2013

KADAR TOL TURUN !!!

Nampaknya, Pakatan pembangkang bermain kotor sekali lagi. Bukan sahaja kotor tetapi cuba memperbodoh-bodohkan kebijaksanaan dan kerasionalan rakyat.




Tetapi itulah sifat dan sikap kepimpinan pembangkang. Hanya tahu mencari salah dan putar belit. Itu sahaja. Dan apabila tuduhan dan putar belit itu terkena balik ke batang hidung sendiri, mereka akan mencari isu baru untuk diperdagangkan kepada rakyat. 

Mereka mengkritik hebat tentang undi popular BN semasa PRU13 lepas kononnya BN tidak layak menjadi kerajaan Persekutuan. Tetapi apabila Lim Guan Eng DAP tergolek jatuh ke tangga 5 dan mendapat undi popular yang berkurangan, anak Kit Siang itu dengan tanpa malunya memegang jawatan terpenting dalam DAP.

Ketika itu, Anwar Ibrahim sendiri dilihat tidak mampu berkata apa-apa begitu juga seluruh kepimpinan Pembangkang dan ahli-ahli DAP. Memalukan.

Begitu juga dengan omongan Rafizi Ramli yang berjawatan Pengarah Strategi PKR. Untuk rekod, MiM telah kantoikan beliau dalam isu besar 'kehilangan Anwar dalam twitter/fb' sebelum ini.

Beliau bising bercakap tentang kenaikan tol dan keuntungan syarikat konsesi yang mengendalikan lebuhraya. Beliau bercakap tentang Lebuhraya KESAS dan keuntungannya sebanyak 121%. 

Kenapa masih mahu tindas rakyat, tanya beliau.


Sumber : KLIK SINI
Dan sudah tentu, ramai mereka yang akan terus menerkam, menyalahkan serta menganggap kerajaan BN zalim dan sebagainya. Inilah persepsi yang mahu dimainkan oleh Pakatan pembangkang.

Rupa-rupanya, pihak yang dituduh 'kenapa masih mahu tindas rakyat' itu melibatkan Pakatan Pembangkang! Malunya !


Sumber : KLIK SINI

Dan mungkin kerana terkantoi dan termalu, sekarang mereka bercakap mahu membantah kenaikan tol menerusi saham PKNS di dalam KESAS ! Atau ianyaindirect signal kepada Khalid Ibrahim yang seolah-olah kebal dan tidak lut dengan kritikan Anwar dan Azmin Ali PKR sebelum ini? 



 

Dan kenapa Pakatan hanya mahu 'kerajaan Selangor menolak cadangan kenaikan kadar tol' sahaja?

Kenapa tidak menolak kadar tol sekali gus? Bukankah mereka yang sebelum ini menabur janji manis 'perjuangkan tol percuma'?  

Di sini MiM sarankan kepada Anwar dan Fizi supaya perjelas dan selesaikan dulu isu besar tentang kenaikan gaji melampau MB dan Speaker yang menggunakan wang rakyat. 

Begitu juga dengan cadangan yang dibawa oleh rakan mereka sendiri tentang tol lebuhraya KESAS sebelum ini. 

Lepas itu, baru boleh cakap perkara lain.
Seorang ADUN DAP menyarankan agar kerajaan negeri tidak menjual pegangan syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam syarikat Kesas Holdings Bhd bagi membolehkan rakyat di negeri itu menikmati bayaran tol percuma di lebuhraya Kesas. 
Ng Sze Han (DAP-Kinrara) berkata, keuntungan PKNS melalui pegangan dalam Kesas Holding – dianggarkan RM36 juta setahun – dijangka mampu membolehkan kerajaan negeri menampung bayaran tol percuma untuk pengguna lebuh raya tersebut, untuk tempoh sehari setiap minggu seterusnya
Persoalannya, mana tol percuma itu? Atau sekadar cadangan populis untuk membohongi rakyat sekali lagi?

Dan seperti yang MiM terangkan sebelum ini, Menteri Abdul Wahid Omar telah menjelaskan 2 perkara penting tentang tol tetapi tenggelam dek putar belit portal pembangkang. Di antara kenyataan beliau :
1. Kerajaan mempunyai perjanjian dengan PLUS untuk mengekalkan kadar tol hingga tahun 2015 
2. Terdapat peluang untuk memanjangkan tempoh konsesi dan mengekalkan kadar tol sehingga tahun 2015 dan Kerajaan telah lakukannya seterusnya
Malah, kenyataan PLUS di bawah ternyata telah membuka pekung dan nanah jijik pakatan pembangkang yang sebelum ini sengaja memburuk-burukkan kerajaan BN.
Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.
 
"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.


Video : kenyataan PLUS 
Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah.  
Penstrukturan semula tol semasa PLUS pada masa hadapan bakal memberi kelebihan kepada pengguna apabila mereka akan menikmati penjimatan antara 10 - 50 peratus berbanding kadar tol semasa.

Ketika ini, PLUS mengendalikan lima lebuhraya meliputi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Linkedua (Lintasan Kedua Malaysia Singapura), Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang.
Kini sudah ada aduan daripada rakyat yang mendakwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mula mengenakan bayaran parkir kereta walaupun sebelum ini tempat tersebut tidak pernah dikenakan bayaran. 
Selain itu, ada peniaga restoran mendakwa MBSA menaikkan kadar sewa untuk meletakkan meja dan kerusi di kawasan parkir tepi jalan. 
"Kalau dulu kadar yang dikenakan sebanyak RM10,000 untuk tempoh 6 bulan kini MBSA menaikkan sehingga RM20,000 bagi jangka masa yang sama," katanya. seterusnya
Bukan dinaikkan tetapi PLUS sendiri sedang mengkaji cara untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah !

MiM yakin kenyataan PLUS itu tidak mungkin akan disiarkan oleh lidah-lidah rasmi pembangkang. Dan tidak mungkin ada pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya DAP, yang akan menyentuh berita baik ini. 

Memang dasar hipokrit yang sangat memualkan rakyat. - DrMiM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.