`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 17, 2013

Kontraktor Utama Bina Hospital Serdang Yang Runtuh Siling Sebanyak 7 Kali, Dah Dikenal Pasti !

Ranhill kunci mulut isu siling Hospital Serdang runtuh
Kontraktor yang membina Hospital Serdang bernilai RM690 juta enggan mengulas rentetan insiden siling runtuh di situ sejak 2011, enam tahun selepas pusat perubatan itu beroperasi.

Ketika dihubungi, Ranhill Bhd enggan mengulasnya dan menegaskan, perkara itu masih dalam siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut laporan tahunan Ranhill, yang diterbitkan sebelum penyahsenaraian konglomerat itu pada 2011, kerja-kerja itu dilaksanakan oleh anak syarikatnya Ranhill Civil Sdn Bhd. 

Walaupun Ranhill Civil sudah dibubarkan, Malaysiakini difahamkan, badan induknya masih mempunyai wakil dalam mesyuarat bersama JKR berhubung insiden yang menimbulkan kemarahan awam itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada 13 Disember lalu berkata, kementeriannya akan mengambil tindakan tegas, termasuk menyaman kontraktor Hospital Serdang ekoran insiden runtuhan siling di hospital itu.

Tanpa menyebut nama syarikat itu, beliau berkata, kementerian tidak menyembunyikan isu ini dan kontraktorlah yang bertanggungjawab terhadap bangunan itu.

 

KONTRAKTOR UTAMA BINA HOSPTIAL SERDANG YANG SUDAH 7 KALI SILING RUNTUH SUDAH DIKENAL PASTI ! 

 

Kontraktor utama yang diberikan amanah dan tanggung jawab untuk membina Hospital Serdang bernilai RM690 juta yang sudah 7 kali siling runtuh sejak tahun 2011 iaitu setelah 6 tahun di buka sudah di kenal pasti.

Syarikat gergasi yang mempunyai hubungan erat dengan UMNO itu ialah Ranhill Berhad.

Boleh lihat sendiri wajah-wajah ahli lembaga pengarah Ranhill Berhad yang di tempelkan diatas.

Kementerian Kesihatan dan KerjaRaya sudah berjanji mau senarai hitam kontraktor yang bina Hospital Serdang kerana kerja-kerja yang bermutu rendah ... Nak lihat ... adakah Ranhill Berhad akan disenarai hitamkan ?


omakkau 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.