`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 7, 2013

Masyallah!!! Admin Tersentuh lihat gambar ni...

Seorang Bayi Di bawa dengan Penutup Tong Ikan ..Masyallah..

Tersentuh hati aku lihat gambar baby mangsa banjir ini.. si anak kecil ini dibawa dengan tudung tong ikan, tapi TPM si Muhyiddin pula senang lenang lawat tempat banjir dengan helikopter.


Kaum Ibu , Kanak Kanak Terpaksa Mendyk AIr untuk menyelamatkan diri 


TPM sebuk amik gambar je...

Sebuk Pehimrimpunan UMNO !!! Muhyiddin mohon maaf kepada mangsa bencana banjir  

KEMAMAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memohon maaf kepada semua mangsabencana banjir kerana kelewatan bantuan bekalan makanan tiba semasa banjir kali ini di seluruh negara.

Menurutnya,apa yang berlaku adalah perkara yang tidak diduga mengakibatkan penyaluran bekalan bantuan turut terjejas.


Justeru beliau mengarahkan agensi kerajaan berkaitan menyedia dan memberikan stok makanan dengan segera kepada mangsa banjir memandangkan keadaan meruncing terutama di Kemaman.

"Saya telah keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari. Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti, sehalus-halusnya berdasarkan keperluan,” Muhyiddin.



Wanita UMNO sebuk Dengan PAU 


Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, pada Jumaat.

Timbalan perdana menteri dan rombongan menaiki lori Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke pusat pemindahan banjir sejauh kira-kira 5 kilometer dari persimpangan Mak Lagam.

Muhyiddin turut meminta ATM membekalkan makanan kering ke pusat-pusat penempatan mangsa banjir di semua lokasi.

Ia, berikutan keperluan asas sedia ada, tidak mampu menampung mangsa banjir yang semakin meningkat.

Nurul Izzah Sempat buat Lawatan

Pada masa sama beliau melihat keperluan mendesak bagi menggerakkan pasukan perubatan ditempatkan di pusat pemindahan untuk memantau keadaan mangsa banjir.

“Saya telah mencadangkan kalau tidak mencukupi jabatan kesihatan negeri harus bantu dengan menggerakkan doktor di kawasan yang tidak mengalami banjir, di mana sekalipun mungkin mereka boleh dihantar supaya di setiap pusat pemindahan tu ada satuteamyang disediakan untuk menjaga kesihatan mangsa banjir.”

Beliau kemudian menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir dan melawat kawasan banjir di beberapa lokasi lain.

Lawatan turut disertai Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar.


Terharu lihat gambar ni

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.