Masa air naik bukan main menderu-deru lagi pemimpin-pemimpin politik datang meredah banjir. Ada sesetengah tu yang sanggup berdiri dalam air, semata-mata untuk gambarnya diambil dan kemudian disiarkan di dalam media Internet dan cetak agar dilihat mengambil berat tentang mangsa-mangsa banjir.
Dan ada sesetengahnya tu seperti Ahli Parlimen Kuantan, bergegas pulang ke kawasan masing-masing selepas teruk dihentam kerana meninggalkan kawasan sewaktu penduduk berhadapan musibah banjir kemudian mengaku dia dah sampai dulu walaupun bukti-bukti menunjukkan dia tidak berada pun di Kuantan, malah dia sendiri tinggal di Kuala Lumpur.
Di sebalik pelbagai kecaman yang dilemparkan kepadanya, ternyata Menteri Besar Terengganu itu benar-benar memperlihatkan tanggungjawabnya mengambil berat hal rakyat. Sudahlah sepanjang air naik, badannya tidak sempat kering kerana kesibukannya meredah air dan melawat dari satu pusat pemindahan ke satu pusat pemindahan yang lain, ternyata tugas tersebut bersambung pula selepas banjir reda.
Menariknya, laki bini boleh pulak ambil tugas tanpa perlu bersilang penyapu dan batang mop macam yang dilakukan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juak-juaknya di Sungai Isap Murni beberapa hari lepas.





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.