Umno melangkah ke kanan
DAP percaya Utusan dan Perkasa adalah suara Umno.
.
.
Siapa musuh Umno sebenarnya?
Utusan mengingkatkan Umno agar berwaspada kerana walaupun parti Melayu itu kuat tetapi ia tidaklah kebal.
“[Barisan Majlis Tertinggi] lah yang akan dipertanggungjawabkan jika Umno gagal pertahan kuasa politik Melayu selepas ini,” kata lidah pengarangAwang Selamat hari ini.
‘Berwaspada terhadap golongan Kristian’
Naib presiden Perkasa Zulkifli Noordin risau akan apa malapetaka yang menimpa bangsa Melayu-Islam jika puak Kristian merampas Putrajaya dan memerintah.
Zul serkap jarang
Kalau semua Kristian dimomokkan, nanti BN hilang undi pribumi Kristian di Sabah dan Sarawak pula.
Lagipun penganut ‘lama’ Kristian sendiri tidak merestui tipu helah yang dipasang Kristian ‘mualaf’ (born agains).
Bukan kaum Kristian yang memberontak tetapi evangelista yang berpolitik.
Zul telah memberi amaran terhadap “Gerakan Kristianisasi”.
Baik beringat bahawa sesumpah evangelista tak nampak macam Kristian.
Mereka mengambil rupa muslimin dan muslimah!
.
.
Amok Zulkifli Noordin
.
Petikan blog Zul hari ini:
“Dan Umno perlu sedar dan insaf bahawa PRU-13 bukan tsunami cina, tetapi cubaan penghapusan Umno!
PRU-13 adalah cubaan kaum cauvinis, rasis dan extremis mahu melakukan Genosid-Politik Umno! [Ni Zul yang huruf-tebalkan warna merah]
Kalau ini pun Umno masih tidak sedar, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Umno! Setelah diberi pelbagai habuan, bantuan dan ganjaran, mereka tetap menolak Umno. Mereka tetap terpedaya dengan janji palsu bahawa Putrajaya akan dapat mereka tawan! Putrajaya sudah dalam genggaman!
Kaum cauvinis, rasis dan extremis berotak fasis ini bukan mahu habuan, mereka bukan mahu ganjaran, mereka bukan mahu bantuan; [Ni Zul yang huruf-tebalkan]
MEREKA MAHU KEKUASAAN!!! MEREKA MAHU KERAJAAN!!!” [Ni Zul yang huruf-besarkan biru]
Betul, Umno cenderong bunuh diri
Zul kata puak DAP/Cina/Kristian adalah “cauvinis”, “rasis” dan “extremis”.
Pembangkang Cina dan Kristian sebaliknya juga mendakwa Umno adalah cauvinis, rasis dan ekstremis yang paling ekstrim sekali.
Dan mereka lebih berjaya dalam membentuk persepsi awam lalu menyakinkan orangramai serta media Inggeris antarabangsa.
Malah Menteri Umno pun menggaji Scissorati masuk pejabatnya.
Gunting dalam lipatan
MCA lah yang menganggap Umno berpemikiran sempit dan “rasis”.
Sudah berkali-kali MCA bersengketa dengan Perkasa.
Media MCA menggambarkan orang Kristian sebagai mangsa yang dianiaya, terutamanya dalam isu kalimah ‘Allah’.
Umno ada musuh di depan dan juga musuh api dalam sekam.
Kalau Umno dibunuh kelak, ia akan mati kerana ditikam belakang.
Blog Stop the Lies ialah Scissorati
Media MCA The J-Star hari ini membayangkan orang Melayu Islam yang bersifat pelampau agama.
Blog Stop The Lies yang ada kaitan rapat dengan The J-Star semalam memuatkan rencana yang menyebut orang Melayu sebagai kaum yang “paling rasis di Malaysia“.
Namun blogger-blogger Umno masih lagi memberi sokongan mereka kepada blog Stop the Lies. Kalau gerakan Gunting dalam Lipatan ini pun PPTA (Parti Paling Tidak Apa) masih tidak sedar, maka pasti dan terbukti ada sesuatu yang tidak kena dengan Umno dan orang Umno.
Umno bakal kecundang bukan kerana seteru di medan perang tetapi kerana kebodohan sendiri dan Si Kitol-Si Kitol yang ada dalam parti.
Selepas PAU, Regina Lee sudah berjaya menambahkan pengikut Twitternya menjadi 4,190 orang Melayu Umno. Setiausaha KJ ialah bekas wartawanMalaysiakini dan The J-Star.











No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.