`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 8, 2013

Sidang Umno Hanya Berteraskan Kebencian Pada Setiap Tahun

Pada setiap tahum perhimpunan agung Umno diadakan, ia hanya mempunyai satu sahaja di dalam parti tersebut, iaitu kebencian, kebencian dan tidak yang lain selain daripada hanya kebencian yang terhadap di dalam pemikiran dan hati mereka.

Hampir pada setiap tahun, di dalam setiap perhimpunan agung, para pemimpin Umno daripada semua peringkat hanya tahu mempertingkatkan kebencian mereka terhadap golongan-golongan yang tidak sealiran dengan mereka, seperti parti-parti pembangkang, pertubuhan-pertubuhan hak asasi kemanusiaan, hak sivil, pejuang keadilan dan sebagainya.

Selain daripada itu, perhimpunan agung tahunan Umno itu juga dijadikan sebagai satu forum untuk menyalahkan kaum dan golongan-golongan yang lain mengenai ketidaksaksamaan dan ketidakadilan sosial ekonomi yang sering dideritai oleh mereka.

Apabila hilang kontrak, apabila hilang peluang perniagaan, apabila tiada peluang pekerjaan, semua yang berada di luar dewan perhimpunan agung Umno itu dipersalahkan dengan begitu sahaja, sehinggakan kata-kata kesat seperti banjingan, baruah, firaun, celaka, pengkhianat, munafik dan sebagainya dilaung-laungkan dengan begitu sahaja.

Yang anehnya, apabila kata-kata kesat tersebut dilaung-laungkan, ianya seringkali disambut dengan tepukan yang menyorak serta menyokong tindakan para perwakilan yang menyebut kata-kata tersebut.

Umno mendakwa diri mereka parti yang memperjuangkan keteguhan agama Islam. Adakah tindakan mereka yang menjurus kepada sebutan kata-kata kesat itu berlandaskan istilah keagamaan yang mereka dakwa pertahankan selama ini? Adakah kesemua itu merupakan petunjuk bagaimana agama tersebut perlu ditegakkan? Dengan ancaman, dengan perasaan hasad dengki yang mendalam, dengan menggunakan kekerasan, dengan pertumpahan darah?

Kami sependapat, segala tindak tanduk yang telah dan kini sedang berlaku di dalam dewan perhimpunan agung Umno ini kesemuanya langsung tidak bercirikan agama yang mereka dakwa sedang perjuangkan. Yang mereka telah dan kini sedang lakukan di dalam dewan tersebut kesemuanya bertentangan dengan segala ajaran Islam dan firman yang diperturunkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. serta Allah s.w.t.

Hampir pada setiap tahun, Umno dengan nada yang bongkak dan tidak tahu malu asyik mengatakan bahawa orang-orang Melayu dan Islam kini sedang diancam kepupusan di dalam segala bidang, sosial dan ekonomi oleh kerana "perbuatan" orang-orang yang berada di luar dewan perhimpunan itu. Sehingga pada hari ini, tajuk tersebut masih sama dan tidak berubah. Yang bersalah tetaplah orang-orang yang bukan Umno, yang senantiasa benar hanyalah orang-orang Umno.

Hakikatnya adalah Umno telahpun berkuasa dan berkerajaan selama beberapa dekad yang lalu dan pada hari ini Umno masih berkuasa. Jadi, bagaimana orang-orang Melayu dan Islam boleh dikatakan sedang diancam kepupusan di dalam apajua bidang dan keadaan? Jikalau keadaan tersebut benar-benar berlaku di depan mata kita semua, fikirlah, beranikah Umno mendakwa dan berkata demikian? Jikalau Umno berani mendakwa keadaan sedemikian (orang-orang Melayu dan Islam terancam), maka jelas terbukti bahawa segala kata-kata mereka itu semuanya adalah dusta dan pembohongan semata-mata.

Apa yang ada pada perhimpunan agung Umno pada setiap tahun? Hanya satu agenda, iaitu agenda kebencian. Itu sahaja yang mereka ada setelah memerintah negara ini selama 56 tahun lamanya. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa diagung-agungkan sebagai salah satu kebudayaan dan kemestian di dalam amalan politik harian mereka dan apabila disebut sahaja mengenai kesalahan mereka, maka si penyebut itu akan dicapkan sebagai penderhaka, pengkhianat bangsa, penghasut dan sebagainya, lantas daripada itu, akan cuba digunakan pula undang-undang dan akta-akta yang ada agar si penyebut mengenai kesalahan Umno itu boleh disabit dan dipenjarakan dengan segera.

Kebencian di dalam Umno yang tiada tolok bandingannya. Inilah satu-satunya agenda mereka yang masih hidup sehingga pada hari ini. Maka apabila dilaungkan slogan "Hidup Umno" maka itulah sentimen kebencian yang senantiasa membara di dalam naluri dan hati mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.