`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 18, 2013

Punca Umno BN Naikkan Kadar Tol Tersebar

Kenaikan tol yang hangat diperkatakan sekarang sebenarnya dikatakan spekulasi semata-mata untuk menguji sokongan rakyat.

Menurut sumber yang rapat dengan isu ini, kenaikan bayaran tol memang tidak dapat dielakkan berdasarkan kepada perjanjian konsesi yang telah ditandatangani dengan syarikat pengendali lebuh raya namun kerajaan mempunyai kapasiti untuk menangguhkannya.

"Propaganda ini boleh dikatakan sebagai 'test market' (menguji pasaran). Jika rakyat boleh faham mengenai rasional di sebalik kenaikan tersebut dan tidak membantah, maka ia boleh diteruskan.

"Bagaimanapun, sekiranya bantahan rakyat terlalu kuat, kerajaan mungkin boleh memberi pertimbangan untuk menangguhkan kenaikan tersebut menerusi rundingan dengan syarikat-syarikat konsesi,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

Sebelum ini, sudah banyak kali kenaikan bayaran tol ditangguhkan di beberapa lebuh raya selepas rundingan semula kerajaan dan syarikat pengendali yang melibatkan bayaran pampasan.

Malah kebanyakan konsesi lebuh raya di Malaysia dimiliki oleh syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Khazanah Nasional Bhd., syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) seperti Permodalan Nasional Bhd. (PNB) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) yang dilihat mudah untuk kedua-dua pihak mengadakan rundingan semula.

Pada 2010, kerajaan telah mengumumkan pembekuan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang dimiliki dan dikendalikan oleh PLUS Expressway Bhd. selama lima tahun sehingga 2015 selepas berunding dengan pemegang saham terbesar syarikat tersebut, UEM Group Berhad dan KWSP.

Selain pembekuan kadar tol, rundingan tersebut berjaya mengolah semula terma-terma perjanjian konsesi yang bersifat lebih adil kepada rakyat dan kerajaan serta pihak berkepentingan yang lain antaranya dengan pengurangan kenaikan tol kepada lima peratus bagi setiap tiga tahun berbanding 10 peratus untuk setiap tiga tahun yang terkandung dalam perjanjian terdahulu.

Kerajaan juga ketika itu tidak perlu membayar pampasan kira-kira RM3.6 bilion kepada PLUS bagi tempoh lima tahun pembekuan sehingga 2015 di samping dikecualikan daripada membayar baki pampasan tertunggak semasa sebanyak RM2.9 bilion. ~mg

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.