Foto yang tak mungkin disiarkan dalam Utusan Malaysia atau Berita Harian,jauh sekali untuk mendapat liputan di TV3 atau RTM.Apa apa pun biar foto yang berbicara :
Foto : FB YB Fuziah
Bung Mokhtar patut malu melihat gambar2 diatas,tak payahlah Bung Mokhtar melalak di Parlimen menghalau YB Fuziah balik kawasan menjaga rakyat.Beliau tahu tanggungjawab beliau.
Usul yang YB Fuziah bawa ke Parlimen tu pun sebagai tanda beliau prihatin terhadap nasib rakyat Kuantan yang ditimpa musibah banjir.
Bagaimanapun usul itu ditolak hanya kerana beliau Ahli Parlimen pembangkang,tahniah kepada Ahli Parlimen BN Kalabakan Datuk Ghaffur Salleh yang dilihat penyokong usul itu tanpa mengira fahaman politik.
Jutaan tahniah buat YB Fuziah dan Unit Amal Pas yang dilihat bertungkus lumus membantu mangsa siang dan malam dengan dana yang terhad.Maklumlah beliau hanya Ahli Parlimen pembangkang yang tentunya tidak mendapat bantuan dana dari kerajaan.
Semoga dipermudahkan urusan YB Fuziah dalam membantu mangsa2 yang terlibat.Tulisan ini sebagai tanda sokongan dan prihatin Tinta Hijau DKBterhadap usaha murni YB.Semoga ianya mendapat perhatian masyarakat untuk sama2 menghulurkan bantuan.Hanya ini yang mampu ambo lakuakan.
Kepada mereka2 yang prihatin sumbangan bolehlah dihulurkan dengan menghubungi Pejabat ahli Parlimen Kuantan ~ Tinta Hijau DKB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.