`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 18, 2013

Tujuan Sebenar BN Perangi Syiah

Pada mulanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) memerangi agama Kristian, selepas itu, perangi Komunis pula dan tidak lama kemudian, nak tangkap abu mayat pula. Dan kini BN sedang berusaha untuk memerangi golongan Syiah Islam.

Apakah tujuan sebenarnya BN memerangi golongan Syiah Islam? Kononnya hendak membersihkan Islam daripada gejala ajaran sesat? Sebenarnya tujuan BN untuk memerangi Syiah bukannya atas sebab agama tetapi lebih kepada tujuan politik.

Ya, memang jelas tujuan BN memerangi Syiah itu sebenarnya adalah untuk menggerakkan usahanya untuk memusnahkan parti lawannya, iaitu PAS. Selama ini PAS telah menjadi batu penghalang Umno dan BN untuk memenangi sepenuhnya hati para pengundi Melayu dan Islam. Oleh sebab itulah tajuk Syiah dijadikan satu senjata untuk menamatkan riwayat PAS.

Jika sekiranya BN benar-benar ingin memerangi golongan Syiah seperti apa yang didakwa, kenapa hanya sekarang baru hendak berbuat demikian? Persoalan yang seterusnya adalah, jika BN berkeras bahawa Syiah itu bertentangan dengan akidah Islam yang sebenarnya, kenapa kerajaan BN masih mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang kuat pegangannya dalam Syiah seperti Iran, Syria dan Iraq?

Selain daripada itu, apakah bukti yang BN ada untuk mendakwa seterunya PAS adalah sebuah parti yang berlandaskan ajaran Syiah? Bagaimana pula dengan para pemimpin Umno yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin Syria, Iran dan Iraq? Dapatkah BN menjelaskan hubungannya dengan kumpulan pemisah selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang berfahaman Syiah?

Kata ketua polis negara baru-baru ini bahawa golongan Syiah adalah pengganas. Al-Qaeda, sebuah kumpulan pengganas antarabangsa juga berfahaman Sunnah. Kumpulan Taliban yang telah banyak melakukan kekejaman terhadap umat Islam, juga mendakwa diri mereka berfahaman Sunnah. Dapatkah BN atau Umno menjelaskan apakah jenis Sunnah yang dianutinya? Begitu juga pengeboman yang kerap dilakukan di Pakistan, kesemuanya perbuatan golongan Sunnah.

Kami mencabar BN dan kerajaan yang diterajuinya, jika benar-benar ingin membersihkan bumi negara ini daripada pengaruh golongan Syiah, dapatkah BN mengambil tindakan yang lebih drastik dengan memutuskan hubungan mereka dengan Syria, Iran dan Iraq? Begitu juga dengan BRN yang juga berfahaman Syiah bergiat aktif di selatan Thailand yang mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan BN.

Ini jelas menunjukkan bertapa hipokritnya kerajaan BN. Ianya juga jelas menunjukkan bahawa BN hanya mementingkan agenda politiknya daripada menegakkan kesinambungan agama Islam. BN dan Umno hanya mempergunakan Islam semata-mata bagi memerangi seteru politiknya, khususnya PAS.

Agama Islam telahpun disalahtafsirkan oleh pihak BN dan Umno secara berterusan untuk kepentingan diri dan politik mereka. Jelas Islam telah dipergunakan dengan sewenang-wenangnya. Yang telah menyesatkan Islam adalah BN dan Umno kerana mereka suka membeza-bezakan agama itu sendiri mengikut kemahuan dan kehendak politik para pemimpin mereka.

Patutlah kadar jenayah dalam negara kita ini semakin melonjak, kerana pihak berkuasa asyik memerangi bayangan-bayangan ciptaan BN dan Umno.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.