`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 18, 2013

Wanita Di Ragut Lebih RM27K Depan Bank Di Kuantan


KUANTAN, 18 Dis - Seorang wanita cedera dan kerugian lebih RM20,000 selepas diragut dua lelaki bermotosikal di hadapan sebuah bank di Jalan Bukit Ubi di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, dalam kejadian 4.52 petang itu pekerja swasta yang berusia 20-an terbabit baru sahaja keluar dari bank berkenaan selepas menunaikan cek bernilai RM27,680. Katanya, sebaik sahaja mangsa keluar dari bank tersebut, dia tiba-tiba didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. "Dua peragut itu menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum bertindak merampas beg tangan mangsa dan terus melarikan diri,” katanya kepada pemberita. Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan di tangan akibat terjatuh selepas ditolak suspek. Mangsa kemudiannya dapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum buat laporan polis. "Orang ramai yang berada di lokasi kejadian diminta tampil beri kerjasama bagi siasatan kes ini mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.