`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, May 16, 2014

Giliran MB Pahang akan ditukar?

Adnan_YaakobSelepas Mat Said digantikan ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai MB Terengganu, kini dikhabarkan pula giliran MB Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang akan ditukarkan.
Pertukaran tersebut dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.
Dua nama disebut sebagai bakal menggantikan Adnan iaitu sama ada ADUN Lanchang, Datuk Shakar Shamsuddin dan ADUN Benta, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak.
Adnan pada satu sidang media kelmarin telah awal-awal memberikan peringatan kepada wartawan bahawa beliau tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perubahan di Terengganu.
Beliau mungkin mahu mengelak sebarang persoalan balas jika diminta berundur dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.