`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, May 16, 2014

Pelajar Melayu perlu lebih kompetitif

Pelajar generasi Y dan Z disifatkan lebih 'manja'
GuruKUALA LUMPUR- “Orang kata jadi cikgu ni senang, pergi kerja awal pagi, tengahari dah boleh balik. Sesiapa yang kata begitu, cuba tukar tempat dengan kami,” luah Zolkeflee Kamal, 45
Mesra disapa sebagai cikgu Zol, beliau telah berkhidmat hampir 20 tahun di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di pinggir ibu kota.
Ketika ditanya, mengapa kerjaya guru menjadi pilihan, cikgu Zol menyifatkan kerjaya sebagai guru tidak jauh beza dengan bidang profesional yang lain.
“Karier sebagai guru bukan mudah seperti yang disangka. Tugas kami juga sukar seperti kerjaya polis atau doktor. Bezanya, kami berdepan dengan anak-anak muda untuk meneruskan kemajuan yang kita kecapi sekarang.
Perbezaan pelajar Melayu dan bangsa lain
“Proses pembelajaran di sekolah jenis kebangsaan Cina agak berbeza berbanding sekolah biasa. Tidak keterlaluan jika saya katakan, pelajar di sekolah Cina lebih kompetitif.
“Sewaktu mereka berada di dalam kelas, mereka berlumba- lumba untuk jawab soalan cepat. Jika saya beri 10 soalan tambahan kepada pelajar Melayu, ada di antara mereka yang akan merungut. Situasi ini berbeza pada murid cina. Mereka akan minta latihan tambahan” katanya.
Selain itu, pengalaman mengajar di beberapa sekolah sebelum ini, menyerlahkan sisi kematangan beliau sebagai seorang guru.
“Saya masih ingat, pada awal permulaan karier saya dahulu, saya pernah menangis kerana merotan salah seorang pelajar. Situasi pelik bukan? Sepatutnya pelajar itu yang menangis. Saya anggap pelajar- pelajar seperti anak kandung sendiri,” ujarnya sambil ketawa.
Turut membanggakan, beberapa pelajar keluaran cikgu Zol kini berkhidmat sebagai doktor, peguam, akauntan dan bidang profesional lain.
“Pelajar masa kini terutama generasi-Y dan Z perlu lebih risau memandangkan lebih ramai graduan akan dihasilkan pada masa akan datang. Saya sendiri sering ingatkan para pelajar saya untuk menanamkan sifat daya saing tinggi dalam diri masing-masing,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.