Bukit Mertajam: Seorang penjenayah mengambil masa tiga minit untuk melarikan wang tunai berjumlah RM16,250 ketika merompak sebuah bank di Bandar Perda di sini, jam 4 petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, lelaki berusia 40-an memakai topi baseball, menutup muka dan bersenjatakan pedang terus meluru ke dalam bank sebelum mengacukan senjata terbabit ke arah pengawal keselamatan wanita yang bertugas.
"Suspek kemudian membawa wanita berusia 40-an itu ke arah kaunter dan mengarahkan semua kakitangan supaya tidak membuat bising.
"Dia kemudian mengarahkan kakitangan bertugas mengisi wang ke dalam beg dibawanya sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta," katanya.
"Dia kemudian mengarahkan kakitangan bertugas mengisi wang ke dalam beg dibawanya sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta," katanya.
Mazlan berkata, hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit pihaknya suspek adalah individu sama terbabit dengan dua kejadian rompakan bank di daerah Timur Laut tahun lalu.
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.