`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 11, 2014

( 2 FOTO ) WANITA TIKAM SAMPAI MATI TEMAN LELAKINYA.



Seorang lelaki mati ditikam oleh teman wanitanya dalam satu kejadian di sebuah rumah dekat Petaling Utama pagi tadi. 

Kejadian disedari oleh rakan serumah yang menemui mangsa terbaring berlumuran darah di hadapan bilik air.

Curiga dengan tindakan teman wanita mangsa yang sedang mengemas barang kerana disyaki mahu melarikan diri, rakannya bertindak menahan suspek.

Pemeriksaan forensik menemui satu kesan tikaman pada badan mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim, kejadian berlaku kira - kira pukul 5 pagi tadi ketika mangsa baru selesai mandi.

Berikutan itu polis menahan teman wanita mangsa, warga Indonesia berusia 35 tahun bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.