`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 20, 2014

[BONGKAR LAGI] Konsesi UiTM Jasin Pula Diberi Kepada Dua Bekas ADUN UMNO


Pendedahan demi pendedahan dibuat oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berhubung konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diberi kepada pemimpin dan kroni Umno. 

Kali ini melibatkan UiTM Jasin, Melaka yang diberikan kepada dua bekas wakil rakyat Umno di Selangor dengan cara melobi dan runding terus.

Rafizi berkata konsesi ini diberikan kepada YBK Usahasama Sdn Bhd yang dikawal oleh Datuk Zainal Abidin Sakom, bekas ADUN Batang Kali dan Datuk Mat Yasir Ikhsan, bekas ADUN Sungai Air Tawar.

Sebelum ini, katanya, yayasan yang dikawal Zainal iaitu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terlibat dalam cadangan pembinaan UiTM Cawangan Serendah di atas tanah yang pernah dianugerahkan oleh pentadbiran Umno.

“Selepas kegagalan membina kampus itu, syarikat yang dikawal oleh kedua-dua mereka melalui YBK terlibat pula di dalam konsesi penswastaan UiTM Cawangan Jasin.

“Ini memberi gambaran seolah-olah konsesi ini diberikan dulu kepada mereka sebelum membuat keputusan membangunkan kampus- kampus cawangan UiTM,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Katanya, semakan dengan Suruhanjaya Sayrikat Malaysia (SSM) mendapati YBK Usahasama Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh Serendah Heights Sdn Bhd, di mana memiliki tiga entiti iaitu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd dan Just Wisdom Sdn Bhd.

“Datuk Zainal adalah pengerusi YBK dan pengarah bagi Serendah Heights Sdn Bhd sementara Datuk Mat Yasir adalah pengarah kepada Serendah Heights Sdn Bhd dan Prihatin Ehsan Holdings Sdn bhd.

“Isteri kepada Datuk Zainal iaitu Datin Hartini @ Gayah Osman juga merupakan pengarah Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd dan ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK,” jelasnya.

Tambah Rafizi, susun atur pegangan syarikat- syarikat ini menunjukkan YBK sebagai pemegang konsesi selama 23 tahun UiTM cawangan Jasin yang dianggarkan bernilai RM 1.5 bilion.

“Ini membuktikan bahawa UiTM dijadikan kuda tunganggan Umno. “Kenyataan daripada menteri pendidikan II mengatakan bukti saya ini tak lengkap, dia menyerang saya secara peribadi, ini bukti Umno tidak bersedia berhadapan dengan isu ini,” ujarnya. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.