`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 20, 2014

Dia yang perasan – Fudzail



Dia yang perasan
memperjuangkan survival Melayu
mahu dianggap wira hebat
yang sanggup syahid
atau dihukum mahkamah
pernahkah bertanya dalam cermin
Melayu manakah agaknya
yang mewakilkan dirinya
atau mana-mana NGO
untuk memperjuangkan
segala yang Melayu atau yang Islam?
Dia yang perasan
benci dan dendamnya pada kaum
dan agama lain yang minoriti
seakan penganut agamanya
dan bangsa rojaknya
dari raja kepada marhaen
majoriti yang berkuasa
tidak memusnahkan akidah
dari dalam secara terbuka
sebagai musuh paling berbahaya
bagai anai-anai memamah
tunjang dan akar jati diri!
Dia yang perasan
tidak melihat gajah di depan mata
semakin membiak seperti kanser
rasuah, penyelewengan, kebobrokan
rompakan harta dan sumber negara
dan hiburan liar luar batasan syariat
dari media, konsert ke mimbar
yang semuanya dipimpin, dimiliki
atau kuat di dukung oleh
mereka yang sebangsa dan seagama!
dan mereka yang sewaktu dengannya
kalian bukan wakil sah kami
majoriti diam yang memahami
bahawa negara ini di abad ke-21
mahukan transformasi menyeluruh
revolusi minda, politik dan pendidikan
bukan sekadar retorik cari makan
atau mahu menang pilihan raya
tanpa penyelesaian konkrit jangka panjang
dan terus gila menyalahkan orang lain
sebagai bogeyman dan hantu raya!
* Penulis adalah ekspatriat di UAE semenjak 15 tahun lalu juga penulis prolifik yang pernah memenangi pelbagai hadiah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.