`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 21, 2014

Jika Benar TPM Letak Jawatan, Makin Kaya Ler Budak Yang Jadi Pembantu Menteri Nih.

Lu boleh agak  siapa nama budak nih

Cerita Panas TPM Yang Akan Kantoi - Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin


Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

Zainuddin menulis diblognya di zamkata.blogspot.com menyatakan khabar angin sedang bertiup kencang di seluruh tanah air mengatakan Muhyiddin akan hilang daripada rombakan kabinet yang akan diumumkan tidak lama lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Muhyiddin meletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan akan digantikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, iaitu Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan.


“Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.

“Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal,” katanya, dipetik media Selangorku.com.

Katanya mengasaskan khabar angin ini tersebar dengan luasnya kerana beliau banyak menerima pertanyaan mengenainya dari utara , selatan dan timur tanahair.

“Dua orang menteri baru yang pasti akan dilantik ialah dari MCA dan Gerakan dan khabarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri akan berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz,” katanya. KeadilanDaily

Kalau Nazri Aziz Jadi Menteri Dalam Negeri.

Mampusss ler jika Nazri Aziz jadi Menteri Dalam Negeri kerana  taring budak nih jadi makin panjang dan ketua-ketua gengster menarik nafas lega ler. Gua tak tahu berapa gaji yang Nazri Aziz bagi kat budak nih sebagai pembantunya sehingga mampu miliki Lamborgini Aventador yang bernilai RM 2.8 juta. 

Mungkin lu nak tahu berapa yang perlu dibayar untuk roadtax  kereta ini kerana mengikut semakan gua ia tidak  kurang dari RM 2 ribu sebulan atau RM 24 ribu setahun. Itu baru roadtax, tak masuk insuran dan selenggaraan setahun.Minyak pula kena pakai Ron 97 dengan purata 4-5 liter/km.

Mungkin rakan kongsinya bagi pinjam jer kot macam cerita dulu-dulu atau mungkin syarikat pengedar minuman keras untuk class atasan miliknya dapat untung bersih puluh-puluh juta sebulan.

Budak yang terkenal dengan sikap suka berpoya-poya, samseng taik hidung dan berpesta di parti-parti liar yang menjadikan minuman keras sebagai menu wajib. Hidup penuh kemewahan dengan memiliki kediaman, kereta-kereta mewah dan dikawal oleh pengawal-pengawal peribadi yang mengekorinya ke mana saja juga dengan berkenderaan mewah.

Memang gua tahu yang budak nih ada memiliki beberapa buah syarikat tetapi jika melihat kemewahan yang budak nih miliki, lu agak berapa pendapatan budak nih sebulan. Ini gaya hidup anak-beranak pemimpin Umno yang konon-kononnya merekalah yang paling Islam berbanding orang lain. 

Nak harapkan SPRM buat siasatan sampai mampus mereka tak berani nak sentuh kerana tangan-tangan mereka terikat, melainkan mandat tidak lagi diberi kepada Umno/BN oleh rakyat pada  pilihan raya umum akan datang. Jika Pakatan dapat mandat, gua pasti negara yang mendapat kembali khazanah negara yang di rompak secara terang-terangan oleh para pemimpin Umno/BN.

Mungkin negara akan mendapat semula khazanah rakyat yang bernilai puluhan bilion atau ratus bilion jika mengikut sejarah pemerintahan Umno/BN selama 67 tahun sehinggakan Petronas yang diakui memiliki tunai yang cukup besar pun terpaksa berhutang. 

Lu sendiri fikir ler bagaimana syarikat yang mengaut keuntungan mencecah 100 bilion setahun terpaksa membuat pinjaman demi meneruskan bidang perniagaan. Lu jangan kira banyak lu kira dua individu sahaja pun sudah cukup iaitu Mahathir & family dan Taib Mahmud & family sudah ler. Kat situ ajer pun dah lebih 30 bilion

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.