`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, June 27, 2014

LAPORAN POLIS TERHADAP PENGHASUT AGAR 'DAYAK DAN IBAN DIBUNUH'!!!

Selepas laporan tentang seorang lelaki bernama AHMAD ZAKI yang dipercayai admin Page LEGASI KONGSI GELAP MELAYU dibuat oleh beberapa buah blog termasuklah BULETIN 247, semalam, satu laporan polis telah dibuat di Johor Bahru.

Kebanyakan posting di Page tersebut, penuh dengan hasutan dan cubaan menimbulkan ketidaktenteraman. Menyamar sebagai seorang ultra Melayu, admin page berkenaan sebenarnya cuba menimbulkan kebencian rakyat Sarawak dan Sabah kepada Semenanjung bagi menepati kehendak serta objektif perjuangan sebuah NGO yang dibiayai oleh pihak asing yang mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Kempen mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia telah dimulakan oleh Anwar Ibrahim, PKR dan DAP semenjak PRU-12 lagi apabila Pakatan Rakyat melihat kegagalan mereka menguasai Sabah dan Sarawak, menyebabkan pentadbiran negara masih lagi dipegang dan dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Sebaik-baik sahaja selesai PRU-12 pada tahun 2008, Pakatan Rakyat dengan pemimpin-pemimpin utamanya telah berkampung di Sabah dan Sarawak untuk memulakan kempen menyingkirkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia. Berselindung di sebalik perjuangan memberikan autonomi kepada kedua-dua negeri tersebut yang merupakan elemen utama kepada penubuhan Malaysia, Pakatan Rakyat hampir berjaya menipu rakyat Sabah dan Sarawak sehinggalah penerangan dibuat bahawa Sabah dan Sarawak sememangnya mempunyai kuasa autonomi mereka yang tersendiri.

Kuasa autonomi itulah yang menyaksikan ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak dibenarkan masuk ke negeri tersebut.

Pada Pilihanraya Negeri Sarawak tahun 2011, DAP mempergiatkan usaha tersebut dengan menggunakan kempen ANTI-CHRIST yang ditujukan kepada Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO. Biarpun UMNO tidak bertanding dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, DAP dan Pakatan Rakyat sentiasa menzikirkan UMNO yang digambarkan sebagai anti Kristian dan anti-Christ.

PRN-10 berjaya membuatkan DAP kembang tengkuk dan melihat kejayaan lebih besar sekiranya berjaya menimbulkan kebencian rakyat Sarawak kepada Semenanjung. Justeru, menjelang PRN-11, DAP melipatgandakan usaha. Apatah lagi setelah kejayaan Pakatan Rakyat memujuk dan memperdayakan Kerajaan untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat, hasutan demi hasutan dengan menggunakan pelbagai medium dan cara.

LEGASI KONGSI GELAP MELAYU merupakan antara kaedah terbaru untuk menimbulkan kebencian rakyat Sarawak terhadap Semenanjung atau lebih tepat lagi kepada UMNO yang menjadi tulang belakang Kerajaan Malaysia.


Penghinaan yang dilakukan oleh AHMAD ZAKI kepada orang Dayak dan Iban dilihat semakin mencapai maksud apabila semakin ramai yang sudah hilang kewarasan dan tidak dapat berfikir mengapa page tersebut diwujudkan.

Justeru laporan polis yang dibuat, diharap akan menyusul dengan tindakan terhadap admin Page berkenaan. KECUALI dengan campurtangan Pejabat Peguam Negara yang membuat keputusan enggan mengambil sebarang tindakan seperti yang berlaku kepada beberapa orang penghasut yang lain dan telah dibebaskan, ketiadaan sebarang tindakan undang-undang terhadap lelaki berkenaan, hanya akan menambahkan masalah termasuklah kejadian jenayah apabila golongan yang marah akan mengambil tindakan sendiri!!!

1 comment:

  1. Rakyat NEGARA Sabah & Sarawak adalah rakyat dari Negara yang Merdeka , bermaruah & bermartabat !!! We Sarawakian demand for ‪#‎Succession‬ to revoke Malaysia Federation through referendum 2018 ! What say you tanah melayu ??? Kecut pelir tak ??? Scotland akan dibebaskan melalui referendum pada penghujung tahun ini (2014) Who say we cant & cannot DO it ??? YES we can & we will !!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.