`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, September 14, 2014

Isteri Didera Dengan Cucuh Puntung Rokok Ke Muka

Kuala Lumpur: Seorang lelaki bersikap tidak perikemanusiaan apabila tergamak mendera dengan memukul selain gemar mencucuh bara puntung rokok ke muka dan tangan isterinya.

Suspek yang berusia 27 tahun itu dikatakan gemar bertindak di luar batasan setiap kali berselisih faham dengan isterinya membabit soal remeh temeh.


Dalam kejadian terbaru jam 8 malam kelmarin, suspek dikatakan sekali lagi berselisih faham dengan isterinya yang berusia 23 tahun di rumah didiami di Jalan Pudu di sini.

Sumber polis berkata, pertengkaran itu bertukar ganas apabila mangsa yang dimaki hamun kemudian diserang suaminya. “Lelaki itu yang seolah-olah hilang kawalan diri bertindak menumbuk muka isterinya berulang kali.


“Suspek kemudian mengambil bekas bedak dan menghentak objek keras itu ke kepala mangsa menyebabkan wanita itu menjerit kesakitan,” katanya.

Dia berkata, mangsa yang merayu dilepaskan bagaimanapun dicucuh dengan bara puntung rokok di mukanya berulang kali. “Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit tanpa belas kasihan turut mencucuh rokok ke tangan isterinya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan.

“Mangsa yang merayu supaya dilepaskan bagaimanapun terus didera dan dipukul berulang kali sehingga pitam,” katanya. Menurutnya, suspek hanya melepaskan mangsa selepas mendapati mangsa sudah tidak berdaya dan terbaring di lantai rumah.


“Suspek kemudian keluar dari rumah berkenaan sebelum mangsa pergi ke Balai Polis Pudu di sini, untuk mendapatkan bantuan. “Mangsa yang membuat laporan polis kemudian dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Nor Azman Muhammad Yusof yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Menurutnya, usaha mengesan suspek masih dilakukan pihak polis.
 Sumber Cari.Com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.