`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, September 12, 2014

Pengerusi MyWatch Menang Saman Tuduhan Tembak Diri Sendiri

alt

PETALING JAYA 11 Sept - Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), R. Sri Sanjeevan menyatakan bahawa beliau telah memenangi kes saman terhadap seorang individu yang telah memfitnahnya di laman sosial.

Menurutnya, saman fitnah itu telah difailkan oleh Datuk Sri Edmund Santhara terhadap seorang individu bernama Yuktesvaran dan pihak mahkamah telah memutuskan Yuktesvaran bersalah dan harus membayar wang sebanyak RM60,000 serta RM10 kepada Edmund dalam masa 21 hari.

“Sekiranya gagal, kami akan memfailkan bankrapsi kepada beliau,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya lagi, seharusnya, kes ini harus menjadi pengajaran buat Yuktesvaran bahawa memfitnah merupakan amalan keji dan seharusnya beliau tidak mengulanginya lagi.

“Semoga kes ini mejadi iktibar kepada semua pihak,” katanya.

Sebelum ini, FMT turut melaporkan bahawa Yuktesvaran Malaipan telah ditangkap oleh pihak polis dan dituduh di Mahkamah Sesyen Majisteret Kajang.

Ekoran daripada itu, pihak mahkamah telah menghantar Yuktesvaran ke Hospital Tanjung Rambutan untuk pemerhatian selama sebulan disebabkan beliau telah membuat kecoh di dalam mahkamah.

Beliau didakwa atas kesalahan membuat fitnah dan menyebarkan maklumat palsu di laman sosialnya dengan menuduh Sanjeevan telah menembak dirinya sendiri yang mengakibatkannya koma selama 35 hari.

“Sebelum ini polis tidak dapat menangkap Yuktesvaran kerana dipercayai telah bersembunyi dan menyukarkan pihak polis untuk mengesannya,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.