Selepas pendakwaan terhadap Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata ilmuwan adalah tunggak penting kepada kemajuan negara.
"Ilmuan adalah tunggak penting dalam negara," kata perdana menteri ketika berucap merasmikan Anugerah Akademik Negara 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya.
Azmi hari ini tidak mengaku bersalah dan mahu dibicarakan atas tuduhan menghasut berhubung kenyataannya tentang krisis Perlembagaan Perak.
Beliau didakwa kerana artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu), dilaporkan sebuah portal berita pada 14 Ogos.
"Jika kita lihat dari sudut pengajian tinggi, saya dapat rumuskan antara objektif utama adalah membangunkan dan mewujudkan pusat penjanaan ilmu, khazanah ilmu yang tertinggi mesti dikembangkan dalam negara.
"Keduanya kita mahu apabila kita sebut generasi akan datang, kita hendak mereka macam mana, mereka ini yang terdidik, bukan semata-mata mempunyai kelulusan akademik, tetapi benar-benar terdidik.
"Ini tugasan kita bila kita sebut legasi kepentingan anak cucu," kata Najib.
Beliau turut berkata faktor ekonomi dan guna tenaga juga memainkan peranan penting bagi menghadapi cabaran persaingan global.
"Ketiganya faktor ekonomi, guna tenaga kita untuk mengisi wawasan negara, persaingan global yang lebih sengit menuntut kita guna tenaga yang boleh ditempatkan sebagai mereka yang mempunyai syarat cukup dalam persaingan sengit," kata Najib.
MENYUSUL LAGI
- TMI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.